Hadir konsert baju sedondon, netizen dakwa usahawan wanita kekasih Shuib?

Sejak bergelar duda, Shuib Sepahtu sering dikaitkan dengan beberapa nama wanita termasuklah selebriti dan juga usahawan.

Shuib dah ada pengganti?

Namun begitu, menerusi perkongsian @farahana2506, beberapa gambar yang dikongsikan oleh Shuib dan juga seorang usahawan wanita dikenali sebagai Wati Hanifiah seakan sama.

Mereka dilihat berada di lokasi yang sama dengan memakai baju sedondon walaupun tidak bergambar bersama-sama.

Baju sedondon, like gambar di IG

Antaranya, gambar ketika menghadiri konsert Anuar dan Ziana Zain pada Ogos lalu serta konsert Dewa 19 yang berlangsung baru-baru ini.

Walaupun tidak bergambar berdua, ramai yang meneka mereka hadir bersama memandangkan berpakaian sedondon seakan memberi bayangan sesuatu.

Dalam pada itu, gambar-gambar yang dikongsikan wanita tersebut di Instagram turut ‘di like’ oleh Shuib dan ia menguatkan lagi spekulasi yang diperkatakan netizen.

Lama perasan, dia bawa anak2 Shuib keluar

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengakui perasan hal tersebut memandangkan turut mengikuti Instagram wanita terbabit.

Ada juga netizen yang memaklumkan bahawa pernah melihat usahawan itu berkongsi momen membawa anak-anak Shuib keluar bersama-sama walaupun tidak ada sebarang bukti mengenai dakwaan tersebut.

Kalau dah ini yang kau nak…

Yang sebelum2 ni orang kenenkan macam kena, ni macam tak kena pulak

Dah lama perasan…

Ada gambar macam dekat kampung Shuib

Perkongsian dan andaian yang dibuat netizen di media sosial masih tidak dapat dipastikan kesahihannya memandangkan kedua-dua pihak tidak pernah menunjukkan sebarang ‘hint’ mereka sedang menjalinkan hubungan.

Apa-apa pun, andai ia adalah pilihan terbaik buat masing-masing, kita doakan yang terbaik buat mereka.

Sumber: TikTok @farahana2506

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Puteri Sarah Tak Rela Bermadu, Ulas Lakonan Jadi Isteri Tua Tiada Kena Mengena Dalam Hidup

Membawakan watak isteri pertama menerusi naskhah teater Maduku Terpaling Kalut, Puteri Sarah Liyana menegaskan karakter …

Leave a Reply

Your email address will not be published.