Asyik dikecam tanpa sebab, berjurai air mata Ustazah Asma’ ketika live

Sudah menjadi peranan bagi pendakwah selain menyampaikan ilmu, mereka juga bertanggungjawab menegur sebarang perbuatan yang bertentangan ajaran Islam.

Namun, segelintir netizen lebih memilih untuk mencari kesalahan pendakwah sehingga menimbulkan pelbagai fitnah dan tuduhan berat seperti dilalui oleh Ustazah Asma’ Harun.

Baru-baru ini, beliau meluahkan rasa sebak apabila berterusan menerima kecaman ramai disebabkan sekeping fotonya bersama seorang anak ahli politik yang tular di media sosial.

Jangan terpedaya dengan hasutan fitnah

“Apa yang berlaku, sampai hari ni.. saya dikata tali barut, penunggang agama, penjual agama,” katanya menerusi satu sesi dakwah secara live di aplikasi TikTok.

Asma’ menjelaskan, beliau tidak mengenali anak ahli politik itu sehingga wanita tersebut memperkenalkan dirinya sebelum menyatakan hasrat untuk mengambil foto bersama.

Dalam masa sama, pendakwah berusia 39 tahun itu juga terkilan dengan kata-kata cacian dilemparkan berhubung video ketika bertemu dengan penyanyi dangdut sensasi Ifa Raziah.

“Bahkan pada video saya dan Ifa Raziah, mereka kata ini drama, hipokrit, memaki hamun dengan segala jenis binatang. Apa yang kalian buat sebenarnya?,” ujarnya.

Sementara itu, menerusi tangkap layar video TikTok lain, Asma’ bagaimanapun lebih memilih untuk memaafkan individu yang bertindak mencaci maki atau memfitnahnya.

“Saya maafkan semua dan takkan tuntut apa-apa di akhirat. Saya sebut lagi sekali, tiada apa-apa disimpan dalam hati meskipun saya mengenali individu tersebut. 
“Saya takkan letakkan kebencian, kemarahan sebab hidup kita sangat singkat untuk memasukkan rasa benci terhadap manusia dalam hati,” luahnya.

Terima kenyataan kita berada di akhir zaman

Pada sesi tersebut, beliau dilihat beberapa kali mengesat air mata kerana seolah-olah tidak mampu lagi untuk berdepan sikap individu yang gemar memberi kecaman dalam setiap perkara.

Sumber: TikTok @wawaygmanis1601hijab & @dillahussin

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Puteri Sarah Tak Rela Bermadu, Ulas Lakonan Jadi Isteri Tua Tiada Kena Mengena Dalam Hidup

Membawakan watak isteri pertama menerusi naskhah teater Maduku Terpaling Kalut, Puteri Sarah Liyana menegaskan karakter …

Leave a Reply

Your email address will not be published.