Shuk Sahar akui rindu melawak macam dulu, mohon doa umrah dipermudahkan

Nama Shuk Sahar rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Kontroversi yang terpalit beberapa tahun kebelakangan ini telah meranapkan kerjaya seninya yang sebelum ini berada di puncak.

Walaupun krisis rumah tangganya masih lagi belum ada kata putus, namun dia seakan kembali bangkit apabila aktif semula di media sosial.

Mohon doa umrah dipermudahkan

Dia juga turut sibuk menguruskan perniagaannya disamping hadir di beberapa podcast serta konten-konten di media sosial yang lain.

Beberapa hari lepas, Shuk ada berkongsi gambar bersama rombongan jemaah umrah di lapangan terbang yang akan berleoas menuju ke beberapa negara timur tengah dan mungkin akan ke kota Mekah merujuk kepada kapsyen yang disertakan.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh ???? ????? (@shuk_sahar)

Dalam gambar yang disertakan pelawak berasal dari Penang ini, dia sempat memohon doa supaya perjalanan umrah mereka dipermudahkan.

Dia juga turut berkongsi gambar pas ‘jemaah undangan’ yang diberikan travel agency kepadanya dan akan dipakai sepanjang perjalanan tersebut.

Menjengah ke muat naik Insta Story miliknya, dia dan rombongan dilihat sedang berada di Istanbul dan melawati tempat-tempat bersejarah yang sememangnya menjadi daya tarik di sana.

Rindu nak macam dulu

Dalam pada itu, pemilik nama Mohammmad Shukri Mohamed Sahar ini telah berkongsi satu posting luahan rasa tentang kerjaya seninya yang pernah menjadi pendapatan utama sebelum ini.

“Ada orang tanya Shuk tak rindu ke nak melawak lagi? Shuk tak rindu ke nak hosting lagi? Shuk tak rindu ke nak buat comeback?…
Sumpah aku rindu…rindu nak melawak rindu nak hosting rindu nak bercakap dengan kengkawan dalam radio…” tulisnya.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh ???? ????? (@shuk_sahar)

Bangkit bro!

Muat naik  tersebut telah mendapat respon daripada kenalannya dan juga warganet yang pernah menonton Shuk  di kaca televisyen serta mendengar celotehnya ketika dia masih keudara di radio.

Mereka turut  menitipkan pesanan supaya selebriti berkenaan kembali bangkit dan berubah menjadi lebih baik. Tak hanya itu, warganet juga mendoakan agar dia mendapat umrah yang mabrur dan meninggalkan segala kontroversi yang pernah mencalarkan imejnya dahulu.

Jadikan Alif Aziz contoh

Moga pengalaman lepas jadikan pengajaran

Sumber: Instagram Shuk Sahar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Tlada wanita mahu brcer4i tnpa sebab..” Diana Danielle datang mahkamah minta berpisah, Ini pula Balas Farid kamil

Pelakon Diana Danielle telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Farid Kamil pada awal bulan ini. …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *