“Saya tak mkn nasi dah 9 tahun”- Ramai Terkejut Tengok Perubahan Terkini Pelakon Syamim Farid

Pelakon dan hos, Che Puan Syamim Farid mendedahkan dirinya sudah sembilan tahun tidak jamah nasi sebagai salah satu cara diet yang diamalkan. Bintang drama Cinta Tiada Ganti itu mengakui perkara berkenaan menerusi aplikasi soal jawab bersama para pengikutnya di Insta Storis miliknya, awal semalam. Selain nasi, Syamim juga berpantang beberapa makanan lain seperti ayam, daging, menu berminyak dan gula.

“Saya tak makan nasi dah 9 tahun,” tulisnya apabila ditanya mengenai perkara berkaitan. Sementara itu menerusi aplikasi sama, pemenang tempat kedua Pencarian Dewi Remaja 2015 ini turut ditanya apakah menu lain yang tidak dijamah selain nasi. “Ayam, daging, oily food, sugar. One thing about me, bila saya dah mula sesuatu, saya akan buat betul-betul. Self-decipline. No cheat day. Nak berhenti makan sesuatu tu memang susah.

“But think about yourself, you jaga diri you, jaga makan bukan untuk orang lain. Untuk diri-sendiri. Kalau sayang diri, eat healty food,” tulisnya lagi. Syamim turut berkongsi beberapa sebab dia memilih untuk tidak mengambil makanan ruji rakyat Malaysia itu. Terdahulu, Syamim mendirikan tumah tangga bersama suami, Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Ardy Esfandiari pada 19 Mac 2016. Foto: Instagram Syamim Farid

Komen netizen, Bak kata jep Sepahtu…”GAJAH TAK MAKAN NASI PUN GEMUK”, Apa salah nasi …rugi klau tak makan nasi tu salah satu nikmat hidup dalam dunia skrg…aku elok je makan nasi tanpa diet hari2 …maintain je .. Hilanglah satu nikmat dunia.. tak salah makan nasi, jangan hentam seperiuk sudah la. In moderation, that is the key. Maknanya sesenduk every 2 days ok jer. Baru 150 calories

sumber:Info Rentas Malaysia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Puteri Sarah Tak Rela Bermadu, Ulas Lakonan Jadi Isteri Tua Tiada Kena Mengena Dalam Hidup

Membawakan watak isteri pertama menerusi naskhah teater Maduku Terpaling Kalut, Puteri Sarah Liyana menegaskan karakter …

Leave a Reply

Your email address will not be published.