‘Saya Bkn Jenis Suka Makan Sorang. Mungkin Rezeki Mamat’ – Luahan Ezad Lazim

” Status itu sebenarnya merujuk kepada pengalaman isteri berdepan dengan masalah keluarga..”

Itu penjelasan penyanyi Ezad Lazim, berhubung status berbentuk luahan dimuat naik pada hari yang sama kumpulan Exists mengumumkan penganjuran Konsert Resolusi Exists yang tidak menyenaraikan namanya sebagai penyanyi.

Justeru timbul tanda tanya adakah Ezad Lazim dan band itu berdepan sengketa dan perselisihan faham.

Meskipun penjelasan sudah dibuat Exists dengan mengatakan ketiadaan Ezad disebabkan terikat dengan komitmen lain, hantaran berbaur rajuk penyanyi berkenaan dalam laman Facebook seolah-olah mengesahkan yang band bertaraf legenda itu sedang berantakan.

Enggan terus mencetuskan spekulasi, persoalan itulah diajukan kepada Ezad ketika bertemu pada sidang media Mini Showcase Jiwa & Lagu Ezad Lazim yang diadakan di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), baru-baru ini.

Menyangkal dakwaan disisihkan, Ezad atau nama sebenarnya, Mohd Rohaizad Mohd Lazim mengakui, kesilapannya membuat perkongsian pada masa yang tidak tepat.

” Tak sangka pula ada yang salah sangka dan menganggap saya disisihkan oleh Exists.

” Ini kerana kebetulan pada hari yang sama, mereka mengumumkan bakal mengadakan konsert tanpa saya.

” Sebenarnya, Exists menawarkan saya untuk beraksi dalam konsert ini, namun saya terpaksa menolak kerana sudah mengikat kontrak untuk mengadakan mini showcase di Langkawi pada bulan sama.

” Saya ada juga bertanya, apakah ada kemungkinan untuk Exists menukar tarikh.

” Ini kerana saya memang teringin mengadakan persembahan bersama, namun permintaan sukar ditunaikan berikutan masalah lokasi.

” Lagipun penganjur meminta jasa baik saya supaya tidak mengambil persembahan lain kerana tidak mahu Mini Showcase Jiwa & Lagu Ezad Lazim yang bakal dijayakan terjejas,” katanya kepada BH Online.

Dianjurkan New Dimension Sdn Bhd, Mini Showcase Jiwa & Lagu Ezad Lazim akan diadakan di Aseania Resort & Spa, Langkawi selama dua malam iaitu 25 dan 26 November depan.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Demi Cinta ini meluahkan rasa terkilan apabila timbul dakwaan mengatakannya lebih mengutamakan persembahan solo atau istilah lainnya ‘makan seorang’.

” Rasanya saya sudah buat show seorang diri sejak keluar Exists lagi. Malah, masuk Gegar Vaganza pun saya menyanyi seorang diri.

” Kalau nak kata saya jenis suka ‘makan seorang’, anggota Exists lain pun ada juga projek solo masing-masing dan ini bukan perkara baharu buat kami.

” Saya anggap apa yang berlaku bukan rezeki saya. Mungkin rezeki Mamat dan saya gembira untuknya,” ujar penyanyi berusia 42 tahun ini.

Mengulas penganjuran mini showcase itu, Ezad meluahkan rasa teruja kerana buat julung kalinya ditawarkan beraksi secara solo untuk persembahan seperti ini.

” Sejujurnya, saya tidak pernah ditawarkan mengadakan sebarang showcase secara solo.

” Saya pernah mencadangkan kepada stesen penyiaran untuk menerbitkan sebuah program hiburan yang menyaksikan saya beraksi solo, tetapi ditolak.

” Bagaimanapun, saya tak mahu menyalahkan sesiapa kerana saya sedar lagu solo saya tidaklah sekuat lagu yang pernah didendangkan bersama Exists,” luahnya.

Untuk persembahan itu, Ezad akan diiringi oleh band AANTU di bawah pimpinan penyanyi dan komposer, Adzrin Azhar.

Adzrin turut tampil pada persembahan pembukaan, selain berpadu suara dengan Ezad.

Sumber:bharian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Puteri Sarah Tak Rela Bermadu, Ulas Lakonan Jadi Isteri Tua Tiada Kena Mengena Dalam Hidup

Membawakan watak isteri pertama menerusi naskhah teater Maduku Terpaling Kalut, Puteri Sarah Liyana menegaskan karakter …

Leave a Reply

Your email address will not be published.