K3s amang s3ksval rem4ja lel4ki, nama PU Azman dip3tik netizen?

Semalam, kecoh di media sosial mengenai selebriti lelaki dilaporkan telah ditahan pihak polis selepas dipercayai melakukan amang seksual fizikal terhadap beberapa remaja lelaki bawah umur.

Malah, selebriti popular itu dihadapkan ke Mahkamah Klang, Selangor pagi kelmarin dan direman selama enam hari untuk membantu siasatan berhubung kes tersebut.

Penceramah bebas, pengacara, pelakon lelaki (watak bagi nasihat) & menang program berkaitan ummah

Pun begitu, tular beberapa ‘hint’ berkaitan selebriti lelaki tersebut yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut sehingga menarik perhatian ramai.

Menurut perkongsian tular di laman Twitter, suspek tersebut adalah seorang penceramah bebas, pengacara dan pelakon lelaki yang sering membawa watak memberi nasihat.

Selain itu, suspek yang berusia 40-an itu dikatakan pernah memenangan program berkaitan ummah dalam penglibatan kariernya selama ini.

PU Azman ke? Dia je ada ciri2 tu…

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana ramai mendakwa selebriti yang hangat menjadi bualan ramai tersebut ialah Pencetus Ummah (PU) Azman.

Pacak khemah dulu kat sini…

Tinjauan di laman Instagram selebriti tersebut, jelas kelihatan ramai warganet mula ‘berkampung’ di ruangan komen bagi mengetahui kebenaran sebenar sama ada dia benar-benar suspek diperkatakan atau pun tidak.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh PU Azman (@puazmanofficial)

Betul ke dia? Takkanlah…

Bagaimanapun, ramai meluahkan rasa terkejut dan tertanya sama ada selebriti tersebut adalah suspek yang didakwa selain dia tidak muncul dalam segmen di sebuah konti radio tempatan semalam.

Sehingga kini belum ada butiran lanjut berhubung kejadian tersebut dan kami akan mengemas kini dari semasa ke semasa sekiranya terdapat kenyataan terbaharu.

Diharap orang ramai tidak mengeluarkan sebarang andaian dan spekulasi selagi tiada kebenaran dan kesahihan.

Sumber: Twitter @f4izalhassanInstagram @puazmanofficial

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Isu Ebit Lew, Menteri Agama minta orang ramai ‘tak menangguk di air keruh’

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad meminta  orang ramai untuk …

Leave a Reply

Your email address will not be published.