Tom GV9 menyes4l ada t4tu, ramai ing4t dia bukan islam-“Ia khilaf lama”

Penyanyi Tom, atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram mengakui dia berasa kesal apabila membuat tatu pada ketika dahulu sehingga menyebabkan ramai memberi tanggapan negatif kepada dirinya.

Menerusi laporan harian metro, Tom yang juga merupakan salah seorang peserta program realiti Gegar Vaganza musim kesembilan, dia memaklumkan tidak pernah berasa bangga memiliki tatu pada tubuhnya itu sebaliknya sentiasa mencuba untuk berubah ke arah yang lebih baik.

“Saya tak bangga pun dengan benda (tatu) itu. Ia adalah khilaf lama yang tak boleh padam,” jelasnya.

Bukan itu sahaja, disebabkan tatu tersebut ramai yang menganggap dirinya bukan seorang muslim dan dia menegaskan kekhilafannya itu bukanlah disebabkan kegagalan didikan daripada ibu bapanya.

Malah, tindakannya membuat tatu itu adalah perkara yang lama disebabkan oleh pengaruh rakan yang mempunyai lukisan kekal tersebut.

“Saya menyesal sebab buat tatu ini. Saya mengaku salah saya. Ia sudah lama ketika saya senyap daripada industri muzik. Ketika itu tak berfikir panjang. Tengok kawan-kawan ada, saya pun nak buat juga.
“Apa saya buat, ia salah saya sendiri. Bukan salah sesiapa atau didikan ibu bapa. Saya terima kalau ada yang nak kecam. Saya tak boleh salahkan mereka.
“Benda lama saya malas nak fikir dah hinggakan orang cakap saya bukan Islam. Malah ramai bertanya saya ni muallaf ke? Diakui saya bukan orang Islam yang baik, tapi saya cuba berubah,” katanya.

Menurut penyanyi yang berusia 36 tahun itu, dia sentiasa terbuka untuk menerima kritikan serta kecaman yang dilontarkan oleh netizen gara-gara imejnya itu dan dia tidak sama sekali menyalahkan orang ramai.

Katanya, dia tidak menyangka akan membuat kemunculan semula selepas lama mendiamkan diri dalam dunia hiburan sebagai penggiat seni.

“Apa boleh buat, ia memang sesuatu yang buruk pun. Macam dikatakan, saya tak salahkan netizen yang melihat sebab itu penampilan saya ketika membuat persembahan di tepi pantai di Langkawi,” Ujarnya.

Dalam pada itu, Tom turut memberitahu dia akan memperbaiki penampilannya itu dengan lebih baik berbanding sebelum ini untuk orang ramai yang bakal menyaksikan Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) kelak.

Sumber: Harian Metro (Sudirman Mohd Tahir)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Puteri Sarah Tak Rela Bermadu, Ulas Lakonan Jadi Isteri Tua Tiada Kena Mengena Dalam Hidup

Membawakan watak isteri pertama menerusi naskhah teater Maduku Terpaling Kalut, Puteri Sarah Liyana menegaskan karakter …

Leave a Reply

Your email address will not be published.