“Terima gambar anak dlm mesej begitu, mmg luluh hati saya”- Habis Puluhan Ribu, Ini Berlaku Dgn Atu Zero

Kuala Lumpur: Akibat mudah kasihan, pelakon dan pelawak Atu Zero, 30, pernah menjadi mangsa ‘scammer’ yang meminta bantuan wang di media sosial sehingga dia kerugian puluhan ribu Ringgit. Atu atau nama sebenarnya Sharid Kunal Doli Sharif berkata, dia tidak sampai hati untuk tidak menghulur bantuan apabila ada yang menghantar mesej dengan menyertakan gambar anak. “Saya sudah banyak kali kena ‘scam’. Iyalah, saya memang tak boleh kalau mereka hantar gambar anak.

Automatik saya tutup mata dan hantar (bantuan). Tahu-tahu, isteri saya cakap benda itu ‘scam’. Kalau campur-campur jumlah bantuan itu, boleh cecah puluhan ribu. Itu tanpa pengetahuan isteri saya,” katanya. Atu cuma menyedari itu adalah perbuatan ‘scammer’ selepas mendapati isterinya Shafeeqa Johari turut mendapat mesej serupa. “Bayangkan ‘scammer’ itu menghantar mesej kepada 10 individu berbeza setiap hari.

Pasti banyak hasil kutipan menipunya itu. Tapi itulah, bila terima gambar anak dalam mesej begitu, memang luluh hati jadinya,” katanya. Dalam pada itu, Atu teruja apabila van jenazah yang diusahakannya bersama isteri sudah hampir siap dan sedia dihantar ke Sabah untuk membantu rakyat di sana. “Buat masa ini, fokus kami adalah beri bantuan van jenazah di sana terutama di Kudat kerana akses terhad terhadap perkhidmatan begitu,” katanya.

pelawak Zero, Atu menafikan mereka bertiga mengabaikan nama kumpulan itu apabila kebelakangan ini masing-masing bergerak sendiri. Atu atau nama penuhnya Sharif Kuna Doli Sharif, 26, sebaliknya menyifatkan kesibukan setiap anggota Zero adalah hal yang perlu disyukuri mereka. “Mana ada kami cuba mengabaikan nama Zero itu sendiri. Kami masih berusaha mengukuhkan jenama kami namun pada masa sama memenuhi tawaran kerjaya solo masing-masing

“Lagipun, jadual kerja solo memang sangat padat sekarang ini dengan pelbagai projek. Saya sendiri akan sibuk sehingga hujung tahun dengan program TV dan macam-macam. “Sebenarnya bila masing-masing sibuk begini adalah strategi yang bagus juga untuk kami beradik. Pastinya Zero akan menjadi lebih kukuh jika ketiga-tiga nama kami sendiri sudah kuat,” katanya.

Sumber: Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Puteri Sarah Tak Rela Bermadu, Ulas Lakonan Jadi Isteri Tua Tiada Kena Mengena Dalam Hidup

Membawakan watak isteri pertama menerusi naskhah teater Maduku Terpaling Kalut, Puteri Sarah Liyana menegaskan karakter …

Leave a Reply

Your email address will not be published.