Didkwa Terima Layanan ‘Istimewa’, Brpunca Sulam Nama Aafiyah Di Uniform Sekolah. SKali Tok Ti sendiri k0men

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza didakwa mendapat layanan ‘istimewa’ selepas tular sebuah foto uniform sekolah bersulam nama anaknya, Siti Aafiyah. Berdasarkan ciapan yang dimuat naik oleh pemilik akaun @iniAlalalann, dia berkongsi tangkap layar yang diambil daripada Instagram rasmi sekolah terbabit yang memuat naik aksi Aafiyah memakai baju sekolah. “Haters gonna hate”.

“Pasal uniform ada sulam nama pun nak twist kata dapat special treatment. Padahal, orang tu gigihlah hantar pergi kedai untuk letak nama dekat baju sebab excited anak first nak masuk sekolah. Tiba-tiba kena tuduh tak ada integriti bagai. Podia hang?” ciapnya. Ciapan terbabit bertujuan untuk membidas tuduhan netizen mendakwa Aafiyah mendapat layanan ‘istimewa’ kerana namanya bersulam di uniform sekolah.

“Kat baju tu memang ada print nama ya.Anak saya sekolah di sana sejak 2017, tak ada pula baju print nama,” komen seorang netizen. Menyedari isu tersebut berbangkit, pelantun Aku Bidadari Syurgamu tampil menjawab komen netizen itu dengan menjelaskan Siti menempah jahitan nama di baju anaknya. “Saya print sendiri… Hantar ke kedai,” ujar Siti. Nama Siti turut terpalit selepas kontroversi yang membabitkan

Pempengaruh Azfar Heri didakwa mendapat layanan istimewa setelah menerima banyak pek kacang daripada sebuah syarikat penerbangan, baru-baru ini. Dalam pada itu, penyanyi lagu Lip Lap Raya ini turut mendoakan agar dipermudahkan perjalanan anaknya menuntut ilmu. “Semoga Allah SWT pelihara anak ibu dan Aafiyah menjadi hamba Allah yang terang hati, diberikan kelancaran dapat menuntut ilmu agama, dunia akhirat.

“Dan hamba yang memberi manfaat kepada insan lain. (Terima kasih Cikgu Na bantu Aafiyah),” katanya.Untuk rekod, Siti Nurhaliza berkahwin dengan Datuk K pada 21 Ogos 2006 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Siti Aafiyah, 4, dan Muhammad Afwa yang berusia setahun.

sumber: Xtra.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Puteri Sarah Tak Rela Bermadu, Ulas Lakonan Jadi Isteri Tua Tiada Kena Mengena Dalam Hidup

Membawakan watak isteri pertama menerusi naskhah teater Maduku Terpaling Kalut, Puteri Sarah Liyana menegaskan karakter …

Leave a Reply

Your email address will not be published.