“Busuk macam t4hi” – Demi nmpk cantik atas pelamin Mas Idayu sanggup lakukan ini.

Hanya beberapa hari lagi, penyanyi dangdut popular, Mas Idayu bakal melangsungkan hari bahagianya bersama pasangan tercinta, Muhammad Sufian Che Isa yang juga merupakan Penerbit Eksekutif TV3 pada 16 September ini.

Sudah semestinya, debaran begitu terasa apabila hari pernikahan bakal berlangsung dan persiapan rapi perlulah dilakukan dengan sebaik yang mungkin termasuklah penampilan serta kecantikan diri.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna @Mohammad Syafiq Lokman Hakim di laman TikToknya, kelihatan Mas Idayu sedang mendapatkan rawatan kulit di sebuah klinik.

Dalam video itu, riak wajah Mas Idayu bertukar apabila dia terkejut menghidu bau cecair rawatan yang sangat busuk sehingga menyebabkan dia kurang senang untuk menjalani terapi tersebut.

“Apa benda tahi kau letak kat muka aku ini?Apa benda busuk ini, nama dia apa? Jangan rekod la! Ya Allah, aku baru nak kahwin, bau tahi lah muka aku ini. Busuk gila kot!” katanya.

Tak tahan dengan bau cecair itu, doktor pada ketika itu menjelaskan tujuan serta khasiat penggunaan rawatan tersebut yang akan membantu menaikkan seri wajahnya sebagai bakal pengantin.

“Ini adalah glutathion peel yang akan membantu untuk salah satu antioksida kuat yang akan membantu menaikkan seri wajah dan muka lebih bersinar,” ujar doktor tersebut.

Pasrah dengan jawapan yang diberikan, Mas Idayu terpaksa tahan dengan menghidu cecair tersebut sehingga rawatan tersebut selesai dilakukan.

“Macam-macam muka aku ini dia letak, tapi kalau cantik tak mengapa la, kalian kena cuba..haa memang bau tahi,” ujarnya lagi.

Kelakar lah reaksi Mas Idayu!

Susulan itu, rata-rata netizen terhibur dengan reaksi spontan yang diberikan oleh Mas Idayu dan mereka memaklumkan rawatan tersebut memang benar berhasil berdasarkan pengalaman sebelum ini.

Dia punya marah bukan dibuat-buat weh, garang!

Bukan itu sahaja, segelintir netizen menyifatkan reaksi yang ditunjukkan oleh penyanyi yang berusia 50 tahun bukan dibuat-buat malah ia adalah sifat semulajadinya selama ini.

Sumber: TikTok @Mohammad Syafiq Lokman Hakim

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Isu Ebit Lew, Menteri Agama minta orang ramai ‘tak menangguk di air keruh’

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad meminta  orang ramai untuk …

Leave a Reply

Your email address will not be published.