Amy Mastura takut kecaman, enggan masuk program nyanyian

Penyanyi dan pelakon, Amy Mastura mempunyai alasan tersendiri apabila enggan menyertai sebarang program realiti nyanyian kerana tidak mahu mengalami tekanan akibat kecaman.

Menurut laporan Kosmo! Online, penyanyi berusia 51 tahun itu memilih untuk menjalani kehidupan tenang meskipun sudah dipujuk beberapa pihak produksi.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh amy mastura (@amymasturalerr)

Sejujurnya saya takut nak masuk mana-mana pertandingan nyanyian. Mungkin saya memang jenis tak sukakan tekanan. Jadi saya elakkan, nak tenang-tenang saja.
“Biarlah orang kata saya tolak peluang keemasan. Apabila kita memilih kehidupan kurang tekanan bermakna kita juga kena kurangkan dedahkan diri untuk dikritik,” katanya.

Amy berkata, dia lebih selesa bersederhana termasuk dalam konteks kerjaya dimana kali terakhir dirinya terbabit atas pentas adalah lima tahun lalu.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh amy mastura (@amymasturalerr)

Anugerah dan bakat yang Allah bagi pun bukan untuk saya terlampau terbuka. Maksudnya biarlah saya begini saja, bersederhana dalam kehidupan dan kerjaya.
“Kali terakhir saya naik ke pentas adalah Super Spontan Superstar 2017, itu pun bukan pertandingan nyanyian,” ujarnya.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh amy mastura (@amymasturalerr)

“Sebenarnya waktu itu saya nak buat satu album saja sebab mahu dengar suara sendiri dalam radio. Tapi tak sangka terus diterima dan kurang terdedah dengan kontroversi.
“Tidak bermakna saya baik kerana tiada kisah sensasi, sebaliknya saya bersyukur Allah jaga aib saya. Lagipun dulu tiada sosial media yang dedah semua perkara,” kongsinya.

Tambah pelakon drama Khilaf Asmara itu, dia sentiasa berhati-hati dalam menggunakan sosial media dengan berkongsi perkara bermanfaat.

“Setakat ini saya tetap berwaspada apabila menggunakan sosial media. Biarlah ‘content’ biasa-biasa atau tunjuk aktiviti kerja, janji saya tidak melampau.
“Pada saya biar org kenal kita dengan benda baik kita buat, daripada orang tengok kita kemudian teringat kita buat benda tak baik,” tambahnya lagi.

Untuk rekod, Amy berkahwin dengan Alvin Tham Suffian dan dikurniakan dua anak perempuan iaitu Adriana, 21, dan Adalia, 18 tahun.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh amy mastura (@amymasturalerr)

Sumber: Kosmo! Online (Hanisah Selamat) , Instagram Amy Mastura

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Ya Allah, Aku Datang Dari Jauh”- Erra K0ngsi Peng4laman P4hit Semasa Mengerj4kan Umr4h

“kun fayakun” bermaksud jika Allah berkehendak, maka jadi lah ia. Perkongsian Erra Fazira tentang pengalaman pahitnya …

Leave a Reply

Your email address will not be published.