Video Jari Neelofa Tersepit Pintu Sampai ‘Seru’ Abang Bomba, Sekali Ini Tindakan Suaminya..

Fenomena ‘bomba sado’ masih dirasai sehingga kini, apatah lagi terdapat audio ‘Abang Bomba Selamatkan Saya’ digunakan oleh pengguna media sosial bagi menghasilkan pelbagai video. Begitu juga dengan usahawan dan selebriti popular, Neelofa apabila menggunakan audio tersebut ketika melakonkan situasi seolah-olah jarinya tersepit pada bahagian pintu.

Video dikongsi kelab peminat, @lofa.world di aplikasi TikTok itu memaparkan selebriti berusia 33 tahun tersebut kononnya ‘menjerit’ meminta pertolongan daripada anggota bomba. Geram je tengok dua orang ni! Walau bagaimanapun, beberapa saat selepas itu, bukan anggota bomba tiba tetapi suaminya yang juga pendakwah bebas Haris Ismail datang ‘menyelamatkan’ situasi cemas berkenaan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat terhibur dengan gurauan bekas pengacara MeleTOP itu selain memuji suaminya yang turut melayan trend di media sosial. Bercakap tentang jari, sebelum ini ada individu mengkritik produk inai keluaran Neelofa dengan mengatakan warnanya seperti ‘lebam’ dan tersepit pintu.

terdahulu, Selebriti popular, Neelofa tetap dengan pendiriannya tidak berkongsi wajah anaknya, Muhammad Bilal, malah, tidak terkesan kritikan netizen ekoran mempercayai panahan penyakit Ain. Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 33, berkata dia mahu Muhammad Bilal membesar seperti anak-anak lain, hanya akan berkongsi wajahnya apabila tiba masa yang sesuai.

“Kalau netizen mempermainkan mengenai soal ini, sebenarnya mereka mempermainkan kewujudan penyakit Ain. Bukan mempermainkan saya. “Dan penyakit Ain ada dalam hadis sahih. Saya tidaklah pandai, tetapi saya mungkin boleh mencegahnya. “Saya lakukannya walau netizen mengecam sekali pun. Saya menitik berat soal kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan anak. Tunggulah, beri Bilal besar sikit.

Sumber: TikTok @lofa.world

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Isu Ebit Lew, Menteri Agama minta orang ramai ‘tak menangguk di air keruh’

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad meminta  orang ramai untuk …

Leave a Reply

Your email address will not be published.