Utamakan Kesihatan, Justin Bieber Batal Siri Jelajah Dunia Termasuk Malaysia

Sebelum ini, penyanyi antarabangsa Justin Bieber memaklumkan khabar mengejutkan ramai apabila mengaku mengalami masalah kelumpuhan wajah berpunca sindrom Ramsay Hunt, awal tahun ini, sehingga terpaksa menangguhkan sementara konsert siri jelajah dunia.

Bagaimanapun, terbaharu, penyanyi tersebut mengumumkan pembatalan ‘baki’ siri jelajah dunia, Justice World Tour di beberapa buah negara termasuk Malaysia melalui hantaran Instagram (IG), kira-kira dua jam lalu.

“Awal tahun ini, saya umuman perjuangan melawan sindrom Ramsay Hunt yang mengakibatkan sebahagian daripada muka saya lumpuh.
“Berikutan itu, saya tidak dapat menghabiskan siri jelajah, Justice World Tour di utara benua Amerika.
“Hujung minggu lalu, saya beraksi di Festival Rock In Rio dan memberi segala-galanya kepada peminat di Brazil.”katanya.

Pelatun lagu Peaches berusia 28 tahun itu berkata, sejak kembali menyambung konsert siri jelajah tersebut ia telah memberi kesan kepada dirinya walaupun sudah berehat buat seketika dan mendapat nasihat daripada doktor.

Malangnya, dia terpaksa membatalkan setelah mendapati keletihan mementaskan konsert mendorong dirinya memberi keutamaan kepada kesihatan.

“Sehubungan itu, saya akan berhenti daripada beraksi di konsert buat sementara waktu.
“Saya akan okay tetapi perlukan masa untuk berehat dan pulihkan kesihatan,” katanya.

Dalam masa sama, penyanyi kelahiran Kanada meluahkan kesyukuran dan berterima kasih kepada semua peminatnya yang selama ini sentiasa menunggu untuk hadir memeriahkan konsert.

Justin berkata, dia berbangga kerana dapat mementaskan siri jelajah dunia itu dan berkongsi mesej positif di sebalik persembahan itu bersama peminatnya.

“Terima kasih atas doa dan sokongan anda selama ini. Saya sangat sayangkan kamu,” katanya.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Justin Bieber (@justinbieber)

Terdahulu, Bieber dilaporkan kembali beraksi atas pentas buat pertama kali di Festival Musim Panas di Itali selepas dua bulan berehat dan terpaksa menunda beberapa persembahan selepas menghidapi sindrom Ramsay Hunt itu.

Sekadar info, siri jelajah Justice World Tour akan bersambung di Afrika Selatan, Asia Barat, Asia, Australia dan New Zealand sebelum kembali ke Eropah, antara Januari hingga Mac tahun depan.

Bukan itu sahaja, bahkan peminat di Malaysia sepatutnya berpeluang menyaksikan persembahan Bieber di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada bulan depan.

Sumber: Instagram @justinbieber

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Ya Allah, Aku Datang Dari Jauh”- Erra K0ngsi Peng4laman P4hit Semasa Mengerj4kan Umr4h

“kun fayakun” bermaksud jika Allah berkehendak, maka jadi lah ia. Perkongsian Erra Fazira tentang pengalaman pahitnya …

Leave a Reply

Your email address will not be published.