Faizal AF4 ‘update’ perkembangan, kini jual Coway – “Selagi rezeki halal”

Lama menyepi tanpa khabar berita, nama penyanyi Faizal Ramly tiba-tiba menjadi perbualan netizen selepas tular video di aplikasi TikTok memaklumkan tentang perkembangan dirinya.

Menurut juara Akademi Fantasia (AF) musim keempat itu, dia kini melangkah lebih jauh apabila menyertai syarikat penyedia kelengkapan rumah, Coway (M) Sdn. Bhd. (Coway Malaysia).

Seorang rakan sekerja, @smfhhabshee memuat naik video tersebut memaparkan Faizal teruja memulakan pekerjaan baharu itu selain meminta orang ramai menyokong perniagaan mereka.

Sokong antara satu sama lain!

“Assalamualaikum semua, ini adalah hari pertama saya melibatkan diri bersama Coway. Ini adalah sahabat-sahabat seperjuangan saya.
“Sokonglah saya dan kawan-kawan yang lain. Amin,”  kata penyanyi berusia 38 tahun itu.

Sementara itu, Faizal memaklumkan dia masih lagi aktif menyanyi walaupun sudah membabitkan diri dalam bidang baharu sebagai usaha untuk mencari rezeki.

Menerusi satu video di akaun TikTok miliknya pula, penyanyi lagu Lihatlah itu mengatakan tidak salah sekiranya melakukan dua pekerjaan serentak asalkan memperoleh rezeki halal.

“Tak semestinya menjadi seorang penyanyi tak boleh menjadi peniaga. Saya bersama Coway dan masih lagi menyanyi.
“Jadi, rasanya takde masalah selagi saya mencari rezeki halal. Saya sayang anda semua.. senyum sokmo!” ujarnya.

Meninjau di ruangan komen, ramai netizen meluahkan keterujaan dan rindu apabila melihat kemunculan Faizal yang pernah melalui zaman kemuncak suatu ketika dahulu.

Malah, rata-rata menegur perubahan fizikal dialaminya tetapi mendoakan penyanyi berasal dari Marang, Terengganu itu supaya terus berjaya dalam apa jua perkara dilakukan.

Lain dah Faizal

Dulu minat betul dengan dia

Semoga sukses!

Jangan putus asa! Moga berjaya

Alhamdulillah! Terus melangkah

Selain lagu Lihatlah, Faizal pernah menghasilkan single berjudul Datanglah, Sakit Orang Lelaki selain membintangi filem Momok The Movie.

Sumber: TikTok @smfhhabshee & @namakufaizalaf4

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Ya Allah, Aku Datang Dari Jauh”- Erra K0ngsi Peng4laman P4hit Semasa Mengerj4kan Umr4h

“kun fayakun” bermaksud jika Allah berkehendak, maka jadi lah ia. Perkongsian Erra Fazira tentang pengalaman pahitnya …

Leave a Reply

Your email address will not be published.