Disuruh buka tudung, Linda Rafar tolak tawaran bayaran tinggi- “Ini godaan dunia”

Pelakon dan penyanyi, Linda Rafar atau nama sebenarnya Azlinda Rafar mendedahkan dia menerima banyak peluang pekerjaan daripada beberapa pihak yang memerlukan dia membuka tudung sepenuhnya.

Menurut laporan Utusan Malaysia, dia memberitahu tidak pernah menerima tawaran tersebut meskipun ditawar dengan bayaran yang tinggi kerana tidak mahu mempermainkan hukum agama.

“Ada yang menawarkan watak tidak berhijab dengan bayaran tinggi, malah jenama antarabangsa juga memerlukan khidmat saya untuk mempromosikan produk mereka dengan syarat kena buka tudung.
“Saya pernah diminta penggiat industri supaya membuka tudung untuk menaikkan semula nama kerana mereka yakin lebih banyak tawaran akan diterima.
“Saya anggap ia sebagai ujian yang perlu dihadapi wanita berhijab yang berkecimpung dalam industri hiburan,” katanya.

Jelas pelakon yang berusia 44 tahun itu lagi, dia mengakui sukar untuk menolak peluang tersebut memandangkan bayaran yang ditawarkan adalah sangat tinggi.

Namun begitu, Linda menganggap perkara tersebut adalah salah satu dugaan serta ujian Allah untuk menjadikan dia lebih kuat dan istiqamah dalam menutup aurat dengan sempurna.

Ujarnya lagi, dia tidak mahu menjadi gelap mata gara-gara wang tunai dan sentiasa berdoa agar Allah sentiasa melindunginya daripada terpesong dengan godaan dunia.

“Saya cuba kuatkan semangat dan istiqamah walaupun ia bukan mudah untuk dilakukan. Mungkin itu ujian Allah untuk melihat sejauh mana kekuatan iman saya.
“Syurga bukan percuma. Kalau saya pilih jalan sebaliknya, maka sia-sia segala usaha saya ke arah syurga Allah,” tegasnya.

Dalam pada itu, pelakon kelahiran Kuala Lumpur itu juga memaklumkan sokongan daripada keluarga adalah sangat penting bagi seseorang wanita untuk kekal istiqamah dalam menutup aurat.

Malah, dia juga sentiasa mendengar ceramah daripada golongan pendakwah demi mendekatkan diri dengan yang Maha Esa dalam kehidupan seharian.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh @lindarafar

Sumber: Utusan Malaysia (Mohammad Al Faizal Abdul Karim)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Isu Ebit Lew, Menteri Agama minta orang ramai ‘tak menangguk di air keruh’

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad meminta  orang ramai untuk …

Leave a Reply

Your email address will not be published.