Dipujuk Dan Dijanjikan Juara Sekiranya Menyertai GV9, Jaclyn Victor Tampil Beri Penerangan

PENYANYI Jaclyn Victor menganggap tuduhan kononnya dia menyertai Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) selepas dipujuk dan dijanjikan gelaran juara oleh pihak produksi.

Sebaliknya kata Jaclyn, 44, dia menyertai GV9 disebabkan mahu terus berkarya selain diberikan kebebasan oleh pihak produksi untuk mempamerkan kebolehannya sebagai seorang penyanyi.

“Saya tahu biasanya GV ini untuk penyanyi yang lama tetapi sebenarnya perkara itu telah berubah dan sekarang ia bukan lagi seperti itu.

“Apabila saya dengar penjelasan mengenai program ini, pihak produksi memberitu GV adalah platform terbaik untuk saya buat apa yang saya nak. Betul juga, mana ada tempat boleh buat apa kita mahukan.

Jaclyn membuat kejutan apabila muncul sebagai salah seorang peserta Gegar Vaganza musim kesembilan.

Tapi GV menjadi tempat yang membolehkan saya buat apa sahaja, saya diberikan kebebasan untuk berkarya. Itulah yang membuatkan saya bersetuju menerima tawaran tersebut,” katanya.

Jaclyn ditemui selepas sidang media mengumumkan 13 peserta GV9 yang bakal berentap bermula pada 18 September ini di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam.

Selain Jaclyn dan Dina, 37, peserta lain yang menyertai pertandingan itu adalah Dina Nazir, Shila Amzah, Tomok, Bob Yusof, Tom, Pat candy, Asheed DEF GAB C, Roy Kapilla, Fuad Rahman Hazrul Nizam, Haida, dan VE.

Sementara itu, kemunculan Jaclyn dan Dina Nazir dilihat akan membangkitkan kembali persaingan sengit ketika kedua-dua penyanyi itu berentap dalam program Malaysian Idol pada 2004.

Bertemu kembali ‘musuh’ tradisinya itu, Jaclyn, berkata, dia tidak pernah menganggap Dina sebagai musuh apatah lagi menyimpan perasaan buruk di antara satu sama lain malah menghormati kredibiliti dan bakat besar sahabatnya itu sebagai penyanyi.

Jaclyn tertekan terpaksa menidakkan penyertaan di GV9.

“Kami tak pernah bermusuh, Dina dan saya tak pernah ada apa-apa perasaan tidak baik terhadap satu sama lain. Kami berdua sudah lakukan yang terbaik, keputusan pemenang bukan ditangan kami ketika itu.

“Saya sejujurnya tidak pernah ada apa-apa perasaan tidak baik terhadap Dina. Setiap orang ada kekuatan dan kelebihan masing-masing. Kita hanya boleh buat apa yang termampu dan selebihnya terpulang kepada juri.

“Saya anggap pertandingan ini sebagai peluang untuk tunjukkan kepada rakyat Malaysia tentang apa lagi yang boleh saya lakukan di atas pentas,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad menjelaskan penglibatan ramai penyanyi popular dan masih aktif pada GV9 tahun ini sebagai langkah baharu daripada konsep asal program tersebut.

“Banyak penambahbaikkan yang perlu dilakukan apatah lagi GV sudah memasuki musim kesembilan, jadi kita tidak boleh terlalu statik dengan format sebelum ini.

“Penambahbaikkan perlu dilakukan supaya program ini dapat kekal sebagai rancangan hiburan nombor satu di Malaysia,” katanya.

Raqim menjelaskan pihaknya sudah membuat postmortem menerusi GV8 tahun lalu dengan penyertaan Allahyarham Adibah Noor yang pada ketika itu masih aktif dalam bidang seni.

“Kemunculan Adibah tahun lalu kita dapat lihat dari segi sambutan penonton sangat menggalakkan. Jadi tahun ini, kita tampilkan lebih banyak bintang yang masih aktif,” katanya.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Puteri Sarah Tak Rela Bermadu, Ulas Lakonan Jadi Isteri Tua Tiada Kena Mengena Dalam Hidup

Membawakan watak isteri pertama menerusi naskhah teater Maduku Terpaling Kalut, Puteri Sarah Liyana menegaskan karakter …

Leave a Reply

Your email address will not be published.