Berpakaian sedondon, netizen usik Zizan Razak & Hawa Rizwana – “Jodoh dah tu…”

Semalam, pelakon Zizan Razak dijemput hadir ke program rancangan MeleToP bagi mempromosikan filem terbaharunya iaitu Abang Long Fadil 3 yang bakal menemui ramai pada 8 September nanti bersama rakan gandingan, Elizabeth Tan.

Tidak terkecuali, rancangan tersebut turut menjemput pengacara dan penyampai berita cantik, Hawa Rizwana Ahmad Redzuan sebagai hos jemputan pada malam tersebut.

Zizan mengorat Hawa di MeleToP?

Bagaimanapun, penampilan sedondon Zizan dan Hawa menerima usikan nakal oleh pengacara, Nabil Ahmad termasuk Elizabeth Tan yang dilihat ‘masuk air’ memandangkan kedua-duanya masih ‘single’.

Menerusi perkongsian dimuat naik di laman Instagram, Nabil menukar tempat tukar dengan Zizan yang pada asalnya mengambil alih kerusi Elizabeth Tan bagi memberi peluang kepada pelawak kelahiran Terengganu itu duduk bersebelahan dengan Hawa.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh MeleTOP (@meletop)

Bukan setakat baju, silang kaki pun serentak

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana ramai meluahkan keterujaan dan ‘sokong’ sekiranya mereka berdua berjodohan memandangkan aksi ‘silang kaki’ turut dilihat serentak selain berpakaian sedondon di studio MeleToP.

Muka pun lebih kurang sama dah tu

Jadikan jelah Hawa tu hos tetap MeleToP, boleh lepaskan rindu pada Lofa

Selain itu, ramai meninggalkan komen dan meminta agar pihak produksi dapat menawarkan Hawa sebagai pengacara rancangan tersebut memandangan wanita berusia  27 tahun itu memiliki rupa paras seiras selebriti Neelofa yang juga pernah mengacarakan MeleToP suatu ketika dahulu.

Sumber: Instagram @meletop

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Ya Allah, Aku Datang Dari Jauh”- Erra K0ngsi Peng4laman P4hit Semasa Mengerj4kan Umr4h

“kun fayakun” bermaksud jika Allah berkehendak, maka jadi lah ia. Perkongsian Erra Fazira tentang pengalaman pahitnya …

Leave a Reply

Your email address will not be published.