[VIDEO] ‘Saya Pukvl Syaikhul, Sedih M4mpu Svsvkan Sumayyah Sampai Enam Bulan Saja’ – Puteri Sarah

Pelakon Puteri Sarah Liyana mendedahkan keadaan dirinya ketika berhadapan dengan kemelut rumah tangga bersama pengarah tersohor, Syamsul Yusof.

Lepaskan stres dekat anak

Menerusi temubual eksklusif dengan Majalah Nona, Puteri Sarah mengakui telah memukul anak lelakinya, Syaikhul Islam yang ketika itu baru berusia dua tahun gara-gara tertekan.

Kata aktres berumur 36 tahun, itu adalah perbuatan pertama dan terakhir yang dilakukan.

Bila saya stres dulu, saya lepaskan pada anak saya. Saya pukul Syaikhul. Masa tu dia baru 2 tahun, dan masa tu dia tak tahu apa-apa. Ya anak-anak tak ingat, tapi saya sebagai ibu saya ingat apa saya buat kat dia. Saya rasa bersalah.

Saya bukan sengaja, Saya tak sedar sebab banyak sangat masalah dalam kepala saya. Saya tersentap saya tak boleh buat macam ni pada anak saya. Itu pertama dan terakhir saya pukul anak saya.

Bila mak saya dan mertua datang tanya kenapa saya kurus, masa tu saya tak nak cakap apa apa. Saya kata saya diet. Bila ada benda sikit yang trigger saya akan jadi outburst. Saya selalu menjerit dekat Syaikhul.

Tambah pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, berat badannya susut sehingga 47 kilogram (kg) dan perubahan itu membuatkan dia kelihatan seperti rangka (skeleton).

Demi Allah, saya tiada konfiden dekat diri sendiri. Saya rasa saya tak cantik, sangat buruk sampai saya down sangat.

Saya tak jaga diri saya sampai satu tahap, berat saya menurun sehingga 47 kg. Saya sangat kurus kering ibaratkan macam batang mop, macam Skeleton.

Saya tak happy dengan badan saya tapi saya tak boleh nak buat apa sebab self confidence saya sangat rendah. Saya jadi macam tikus, takut nak face the world.
Susu badan kering

Dalam pada itu, pelakon drama Sabarlah Duhai Hati turut berkongsi detik menyedihkan apabila tidak dapat menyusukan anak perempuannya, Sumayyah, sehingga umur dua tahun.
Saya tak pernah cakap semua ni. Paling saya sedih saya hanya boleh susukan Sumayyah, enam bulan saja sebab saya stres susu badan tak boleh keluar.

Bukan mudah bagi saya, padahal saya nak menyusukan anak saya sampai dua tahun tapi sebab saya stres susu saya tak boleh keluar.

Pada 30 Jun lalu, Puteri Sarah memfailkan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung gangguan serta pemerasan yang diterimanya daripada Ira Kazar.

Puteri Sarah mengesahkan Ira Kazar sudah memberi keterangan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada hujung Ogos.

Ira Kazar disiasat mengikut Seksyen 38 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

Sekadar info, Puteri Sarah berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah.

Sumber: Youtube @MajalahNona

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Ya Allah, Aku Datang Dari Jauh”- Erra K0ngsi Peng4laman P4hit Semasa Mengerj4kan Umr4h

“kun fayakun” bermaksud jika Allah berkehendak, maka jadi lah ia. Perkongsian Erra Fazira tentang pengalaman pahitnya …

Leave a Reply

Your email address will not be published.