Kareena Kapoor Tak Senang Hati Suami Lakon Babak Romantik – “Saya Sangat Bimbang”

Pelakon terkenal Bollywood, Kareena Kapoor mengakui dia berasa cemburu apabila suaminya, Saif Ali Khan melakonkan babak romantik bersama aktres wanita yang lain.

Ujarnya, walaupun babak romantik tersebut semata-mata untuk lakonan, Kareena tidak dapat mengawal perasaan iri hatinya sebagai seorang isteri setiap kali perkara tersebut terlintas dalam fikirannya.

Menerusi temu bual bersama Karan Johan di program Koffee With Karan, pelakon yang berusia 42 tahun itu telah diajukan soalan sama ada dia boleh menerima suaminya, Saif berlakon babak mesra bersama pelakon wanita lain.

Namun begitu, Kareena menjawab soalan tersebut dengan penuh profesional sebagai seorang penggiat seni dunia hiburan kepada pengacara tersebut.

“Jika Saif yang melakukannya (adegan romantik), saya memang sangat bimbang. Sebagai wanita, saya tidak boleh membendung rasa cemburu terhadapnya.
“Meskipun cuma lakonan, tapi saya tetap tidak akan percaya,” katanya.

Untuk info, Kareena dan Saif telah mendirikan rumah tangga pada 18 September 2012 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki.

Sumber: Kosmo (Mohammad Shahemy Azmi)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Ya Allah, Aku Datang Dari Jauh”- Erra K0ngsi Peng4laman P4hit Semasa Mengerj4kan Umr4h

“kun fayakun” bermaksud jika Allah berkehendak, maka jadi lah ia. Perkongsian Erra Fazira tentang pengalaman pahitnya …

Leave a Reply

Your email address will not be published.