“Henti cakap saya kembar Mira Filzah, saya Juara Dewi Remaja 2022”- Tracie Sinidol

Semua sedia maklum, pencarian bakat remaja wanita, Dewi Remaja 2022 baru sahaja melabuhkan tirainya malam Sabtu lalu dan Tracie Sinidol, anak kelahiran Sabah telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan bagi program tersebut.

Menurut laporan Kosmo, Tracie yang juga merupakan peranakan Murut dan Dusun memaklumkan, dia tidak menyangka penglibatannya dalam Dewi Remaja telah memberi satu peluang baharu kepadanya sehingga berjaya meraih sebagai juara program tersebut.

Malah, hasil kejayaannya itu, dia mahu berdiri dengan menggunakan namanya kerana  ramai yang mengatakan bahawa wajahnya seiras dengan pelakon terkenal, Mira Filzah.

“Terima kasih atas kemenangan ini, saya dah cipta gelaran baharu. Henti cakap saya kembar Mira Filzah. Sekarang saya berdiri dengan gelaran sendiri, Tracie Juara Dewi Remaja 2022.

Ujarnya, dia mengakui semenjak orang mengenalinya yang memiliki wajah mirip seperti Mira, dia mendapat banyak tawaran peluang pekerjaan.

Pun begitu, dia enggan untuk menerima kelebihan tersebut kerana tidak mahu menumpang populariti daripada Mira Filzah dan perlu mencipta nama dengan menggunakan identitinya sendiri.

“Bukan tak suka dikaitkan, saya tak nafikan ada kelebihan apabila orang gelar saya kembar Mira, contohnya diberi tawaran kerja. Tetapi saya tak nak nama tenggelam dan orang ingat saya kerana Mira. Saya perlu ada identiti sendiri,” katanya.

Sekadar info, sebagai pemenang bagi program Dewi Remaja 2022, Tracie membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 beserta sebuah trofi.

Bee merangkul tempat kedua dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM7,000, manakala Kimberly di tempat ketiga (RM5,000) dan Alyssa di tempat yang keempat (RM1,000)

Sumber: Kosmo (Nor Eryani Yusup)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Isu Ebit Lew, Menteri Agama minta orang ramai ‘tak menangguk di air keruh’

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad meminta  orang ramai untuk …

Leave a Reply

Your email address will not be published.