“Hasil pemeriksaan yang dijalankan..” Pihak P0Iis JeIaskan Yg BerIaku Slepas Kehadiran F0renslk dirumah Zalina jadi tanda Tnya Penduduk

Kehadiran pasukan forensik Bukit Aman di rumah bekas personaliti TV3, Zalina Azman di sini menimbulkan tanda tanya penduduk di kawasan perumahan itu. Maklumat kehadiran pasukan itu turut dikongsi dan tular di aplikasi WhatsApp. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim dalam satu kenyataan ringkas mengesahkan mengenai kehadiran pasukan forensik pagi tadi.

“Kira-kira jam 10 pagi tadi pihak Forensik Bukit Aman hadir membuat pemeriksaan di sekitar rumah Orang Hilang (OH) itu. “Ia bagi mencari jika ada terdapat bukti-bukti baru. Hasil pemeriksaan yang dijalankan tiada apa-apa petunjuk untuk perkembangan siasatan kes OH ini,” katanya dalam kenyataan hari ini. Media sebelum ini melaporkan polis giat mencari Zalina dilaporkan hilang sejak November tahun lalu.

Kehilangannya dilapor anak lelaki Zalina, Mikhael Norman, 33, selepas gagal menghubunginya sejak 24 November 2021. SHAH ALAM: Kali terakhir telefon bimbit bekas pembaca berita TV3, Zalina Shaharah Azman atau dikenali sebagai Zalina Azman, dikesan aktif adalah pada 20 November tahun lalu, empat hari sebelum anak lelakinya cuba membuat panggilan kepada wanita itu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata menerusi semakan dan siasatan dibuat, pihak polis berpendapat berkemungkinan Zalina hilang lebih awal daripada tarikh yang dilaporkan. “Kalau anaknya tidak cuba telefon, kita pun tidak tahu dia hilang. Berkemungkinan Zalina telah hilang lebih awal, tapi tidaklah awal sangat sebab kita sudah semak dan pada 20 November didapati telefonnya telah dimatikan.

“Sama ada kerana sudah habis bateri itu kita tidak dapat pastikan,” katanya ketika melakukan lawatan ke rumah wanita berusia 58 tahun itu bersama Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Senator Datuk Ras Adiba Radzi.

Sumber Hmetro.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Puteri Sarah Tak Rela Bermadu, Ulas Lakonan Jadi Isteri Tua Tiada Kena Mengena Dalam Hidup

Membawakan watak isteri pertama menerusi naskhah teater Maduku Terpaling Kalut, Puteri Sarah Liyana menegaskan karakter …

Leave a Reply

Your email address will not be published.