Dakwa dicabVl b4p4, pelakon wajar tutup aib – Menteri Agama

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad mengulas dakwaan pelakon remaja yang mendedahkan sikap buruk bapanya baru-baru ini.

Menurut laporan BH Online, beliau berkata remaja berusia 15 tahun itu tidak sepatutnya membuka aib tetapi perlu membuat laporan polis dengan segera.

“Sepatutnya dalam Islam, dia lebih pentingkan kepada menutup aib sendiri. Sepatutnya, gangguan (seksual) seperti itu tak perlu didedahkan kepada orang ramai.
“Dia sepatutnya lapor kepada pihak polis. Polis yang bertanggungjawab akan menyiasat kes itu,” katanya pada satu sidang media hari ini.

Sebelum ini, pelakon tersebut mendakwa dia dicabul oleh bapanya menerusi satu program broadcast berbentuk sembang santai di sebuah saluran YouTube.

Menerusi temu bual itu juga, pelakon terbabit mendakwa ibunya turut menjadi mangsa si bapa apabila diperlakukan dengan teruk sekali.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun memaklumkan semalam, pihaknya bersedia bagi menyiasat perkara berkenaan.

Rina berkata jika dakwaan itu benar, pihaknya tidak teragak-agak bagi mengambil tindakan tegas mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.
Sumber: BH Online (Mohd Nasaruddin Parzi)

About admin

Check Also

Belanja minyak petrol ‘free’, Caprice mohon maaf jadi punca kesesakan jalan raya

Penyanyi rap sensasi, Caprice atau nama sebenarnya Aris Ramli tampil membuat permohonan maaf kepada semua …

Leave a Reply

Your email address will not be published.