Anak Najib samakan pemenjaraan bapa seperti dilalui Nabi Yusuf & Nelson Mandela?

Sudah hampir dua minggu bekas Perdana Menteri Malaysia yang keenam, Datuk Seri Najib Razak dimasukkan ke dalam penjara setelah dinyatakan bersalah oleh mahkamah dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Sejak dari itu, anak-anaknya kerap berkongsi luahan rasa rindu serta sedih di atas dugaan yang menimpa bapa mereka.

Sama seperti dilalui Nabi Yusuf & Nelson Mandela
Dalam satu video ucapan yang dibuat anak kepada Najib iaitu Nizar Najib ketika majlis Solidariti Untuk Najib Razak di Pekan pada Ahad lalu, beliau berkata hukuman yang dikenakan ke atas bapa tersayang itu ada hikmah di sebaliknya.

Memetik dari perkongsian dari Kini TV, Nizar telah memberi persamaan dugaan yang menimpa Najib hampir sama seperti yang berlaku kepada Nabi Yusuf dan tokoh anti-aparteid, Nelson Mandela.

“Mungkin ini adalah cara Allah subhanahuwataala untuk angkat darjat ayahanda dengan lebih tinggi. Itulah yang berlaku kepada Nabi Yusuf yang dipenjarakan atas tuduhan palsu. Apabila bebas, baginda diangkat sebagai menteri berkuasa lagi bijaksana di Mesir. 
“Itu yang berlaku kepada Nelson Mandela yang menentang dasar aparteid apabila bebas, beliau diangkat sebagai Presiden Afrika Selatan yang berjaya menyatupadukan orang kulit putih dan bangsa Afrika. 
“Yang pasti, tuhan tidak akan uji lebih dari kemampuan kita untuk hadapinya,” katanya.

Tak ramai yang kuat seperti bapa

Bukan itu saja, Nazir juga  mengatakan tak ramai orang yang sekuat dan setabah bapanya dalam menghadapi dugaan tersebut kerana beliau bukan hanya ditekan oleh mahkamah, tetapi turut ditekan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Jelasnya, jika orang lain berada di tempat Najib, mungkin boleh mengalami masalah mental atau koma berbulan-bulan.

“Kalau orang lain yang menghadapi situasi yang sama, barangkali boleh menjadi gila dan koma selama berbulan-bulan,” katanya.

Najib dalam keadaan stabil

Terdahulu, Najib Razak telah dimasukan ke hospital susulan mengalami masalah kesihatan. Walau bagaimanapun, beliau dimaklumkan berada dalam keadaan stabil dan hanya mengalami gastrik.

Anaknya, Yana Najib juga berharap agar bapanya mendapat rawatan yang konsisten jika diperlukan dari pihak penjara dan juga hospital.

Sumber: YouTube Kini TV, Instagram yananajib

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Puteri Sarah Tak Rela Bermadu, Ulas Lakonan Jadi Isteri Tua Tiada Kena Mengena Dalam Hidup

Membawakan watak isteri pertama menerusi naskhah teater Maduku Terpaling Kalut, Puteri Sarah Liyana menegaskan karakter …

Leave a Reply

Your email address will not be published.