Tular Pembaca Berita Tertelan Lalat Ketika Bersiaran, Tak Sangka Ini Tindakan Beliau. Lihat Apa Terjadi

Seorang pembaca berita bagi saluran televisyen Global News Canada, Farah Nasser secara tidak sengaja tertelan lalat ketika berisaran langsung. Namun, pembaca berita wanita itu tidak berasa jijik dengan insiden itu, malah turut bekongsi rakaman bagaimana dia boleh tertelan serangga perosak tersebut. “Saya sengaja berkongsi rakaman ini kerana kita semua perlukan gelak ketawa untuk menghadapi hari-hari mendatang,” katanya dalam Twitter.

Ketika kejadian, Farah sedang membaca berita mengenai banjir di Pakistan. Sedang asyik menyampaikan berita, Farah tiba-tiba terlihat seperti tercekik dengan dia terdiam seketika. Kemudian, wanita itu menyambun kembali membaca berita seperti tiada apa yang berlaku. Tidak lama kemudian, Fara berkongsi video dia tertelan lalat dalam media sosial dan tindakannya yang tidak melatah mendapat pujian orang ramai.

Kebanyakan pengguna media sosial menyifatkan Farah seorang yang profesional kerana masih mampu meneruskan membaca berita. “Saya juga tidak sangka hal itu akan berlaku dan bagaimana lalat boleh terlepas masuk ke dalam studio.

“Tetapi, tidak mengapa kerana saya baik-baik sahaja selepas tertelan lalat,” katanya berseloroh. Farah juga memaklumkan, sesiapa sahaja akan bertindak sepertinya, iaitu meneruskan bacaan berita kerana adalah lebih memalukan jika melatah di depan kamera.

Lihat video ini:

sumber: utusan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Puteri Sarah Tak Rela Bermadu, Ulas Lakonan Jadi Isteri Tua Tiada Kena Mengena Dalam Hidup

Membawakan watak isteri pertama menerusi naskhah teater Maduku Terpaling Kalut, Puteri Sarah Liyana menegaskan karakter …

Leave a Reply

Your email address will not be published.