‘Tolong Doakan Daddy’ – Anak Najib Sahkan Bapa Dimasukkan Ke HKL Sebab Ulser Perut

Anak perempuan bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Abdul Razak iaitu Yana atau nama penuh Nooryana Najwa mengesahkan bahawa bapanya mengalami sakit perut semasa menjalani hukuman di Penjara Kajang.

Yana menerusi perkongsian InstaStory di akaunnya memaklumkan bahawa bapanya sememangnya kerap mengalami sakit perut malah mudah terdedah kepada ulser perut yang difahamkan berpunca dari stress dan juga gastrik.

Kali terakhir Daddy kena ulser pun tahun lepas sampai pengsan sebab ada pendarahan dalaman dan terpaksa ditahan hospital selama seminggu.

‘Daddy susah nak mengadu’

Tambahnya lagi, Najib merupakan seorang yang sukar untuk mengadu jika mengalami kesakitan kerana tidak mahu untuk menyusahkan orang lain dan meminta jasa baik pihak penjara serta hospital untuk menjaga bapanya dengan baik.

Kami sangat berharap Daddy dapat rawatan yang sepatutnya dan juga menjalani pemeriksaan yang kerap.

Sebelum ini dilaporkan Datuk Seri Najib Abdul Razak dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur petang 4 September (HKL) selepas dijatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun di Penjara Kajang pada 23 Ogos lalu.

Sumber: yananajib

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Tlada wanita mahu brcer4i tnpa sebab..” Diana Danielle datang mahkamah minta berpisah, Ini pula Balas Farid kamil

Pelakon Diana Danielle telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Farid Kamil pada awal bulan ini. …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *