“Satu pun tak dapat..’- Haqiem Rusli Tak Puas Hati, Sekali Ini Respon Datuk Mokhzani Buat Dia Terdiam

“Saya hairan bagaimana lagu Mimpi gagal menembusi sebarang kategori? Kegagalan ini menimbulkan pertanyaan adakah lagu ini tidak cukup bagus? satupun tak dapat.. Haqiem Rusli. Ketua juri Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23) Datuk Mokhzani Ismail, tampil memberi jawapan punca kegagalan lagu Mimpi nyanyian Haqiem Rusli berada dalam senarai calon akhir anugerah berprestij itu.

Jelas Mokhzani, naskhah atau lagu yang bertanding dalam Anugerah Juara Lagu (AJL) tidak sama dalam penjurian AIM kerana kriteria AIM lebih mendalam dan terperinci.
“Juga saingan semasa pertandingan AJL tidak mungkin sama dalam AIM. Bertanding 10 lagu dalam AJL berbeza dengan bertanding 60 lagu dalam AIM.

“Apatah lagi kriteria penjurian berbeza di mana dalam AJL pelbagai genre disatukan dalam satu pertandingan sedangkan AIM ia diasingkan mengikut kategori. “Lagi banyak lagu yang bertanding risiko terkeluar dari posisi Top 5 pasti berlaku. Juri yang dipilih dalam AIM adalah pakar dalam kategori yang dipertandingkan, sudah tentulah penjurian berbeza dengan AJL,

” katanya dalam satu kenyataan. Semalam Haqiem Rusli mempersoalkan kegagalan lagu nyanyian dan ciptaannya, Mimpi tidak tersenarai dalam calon akhir AIM23.
Menurutnya, pihak pengurusannya, FMC Music mencalonkan lagu terbabit untuk bertanding dalam enam kategori namun tidak berjaya bolos ke lima terbaik. Enam kategori terbabit adalah lagu pop terbaik, vokal lelaki terbaik, susunan muzik terbaik, rakaman lagu terbaik, runut bunyi (ost) terbaik di dalam drama dan muzik video terbaik.

Mokhzani menambah, tarikh ‘release’ lagu Mimpi adalah pada Disember 2019 sedangkan lagu-lagu pencalonan diambil kira bermula pada 1 Januari 2021 sehingga 30 Jun 2022. “AIM22 sebelum ini adalah pada tahun 2016 dan pihak Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) iaitu penganjur AIM mengambil keputusan lagu-lagu 2017 sehingga 2020 tidak akan diambil kira sebab tempoh masa yang sudah lama dan jika dibenarkan jumlah lagu-lagu akan terlalu banyak untuk diadili,” katanya.

SUMBER: 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Jgn Sampai Kena Pljak…” Terima Banyak Luahan Kena ‘Sond0I’, ini pesan Puteri Sarah…

Berdepan kemelut rumah tangga, namun pelakon Puteri Sarah terus bangkit mempertahankan maruahnya selepas bertahun berdiam diri. Baru-baru …

Leave a Reply

Your email address will not be published.