Mohon Doakan Janna Nick, Kini Dirawat Di Hospital Luar Negara. Ini Keadaan Terkini Beliau..

KEADAAN kesihatan yang kurang baik menyebabkan pelakon Janna Nick terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Jakarta, Indonesia pada Isnin. Berkongsi mengenai perkara itu di Instagram, Janna yang kini berada di negara berkenaan bagi urusan kerja memberitahu dia dibawa ke hospital berkenaan bagi mendapatkan rawatan. “Datang Jakarta untuk ke hospital,” tulis Janna pada ruangan kapsyen bersama rakaman video dia terbaring di katil hospital.

Pelakon filem Juang itu bagaimanapun tidak menyatakan penyakit dan rawatan yang diterima di hospital berkenaan. Perkongsian Janna itu mengundang kebimbangan peminat dan rata-ratanya mendoakan agar dia cepat sembuh. “Sedihlah tengok macam ni, semoga cepat sembuh okay. Get well soon Janna, hanya doa mengiringi dirimu di sana. Cepat balik Malaysia. ” Are you okay kakak? Semoga cepat sembuh!

“Semoga Janna dirahmati Allah SWT, diberikan kesembuhan, kekuatan, ketabahan, perlindungan. Dipermudahkan segala urusan berjalan lancar dengan sempurna dan selamat. Pada Sabtu lalu, Janna memaklumkan dia bakal ke Jakarta dan Singapura bagi menyelesaikan urusan kerja. “KL – Jakarta – Singapura, semoga segala urusan dipermudahkan. Tolong doakan saya ya,” tulisnya.

terdahulu, Menerusi perkongsian yang sama, Janna turut memaklumkan dirinya mengambil ubat anti kemurungan bagi membendung isu mental yang dihadapinya. Sewaktu melakonkan filem sarat emosi itu, Janna berkata, dia sebenarnya sedang berada dibawah pengaruh ubat anti depresi. Sewaktu melakonkan filem sarat emosi itu, Janna berkata, dia sebenarnya sedang berada dibawah pengaruh ubat anti depresi.

“Ketika penggambaran filem ini, itu adalah kali pertama saya mengambil ubat bipolar. Saya memang sangat kecewa. Pada waktu itu, saya memang tiada perasaan langsung. “Malah, saya juga memaksa emosi itu keluar sebab saya dah makan ubat anti depressi untuk menghentikan segala rasa dalam diri.Bayangkan dalam keadaan sebegitu, saya kena berlakon serta wajah sugul dan sembab yang ditunjukkan dalam filem ini memang real. Mata saya itu pun bukan dibuat-buat,” katanya.

SUMBER: inforentasmalaysia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Tlada wanita mahu brcer4i tnpa sebab..” Diana Danielle datang mahkamah minta berpisah, Ini pula Balas Farid kamil

Pelakon Diana Danielle telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Farid Kamil pada awal bulan ini. …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *