Individu Dipercayai Ayah Puteri Balqis Sudah Buat Laporan Polis? – ‘ Masih Waras, Wallahi Tak Terniat Nak Buat’

Sebelum ini, Pelakon Puteri Balqis atau lebih mesra disapa sebagai Aqish mendedahkan bahawa dirinya pernah menjadi mangsa gangguan seksual ayah kandungnya sendiri. Pengakuan tersebut secara tidak langsung mengejutkan orang ramai kerana tidak menyangka pelakon itu pernah melalui ‘detik hitam’ ketika usianya masih kecil.

Ayah Puteri Balqis buat laporan polis?

Menerusi satu ciapan pengguna di Twitter dikenali sebagai Kamal Aziz, memaparkan foto tangkap layar perbualan dia bersama seorang individu dipercayai ayah kepada Puteri Balqis.

Amekaw kepada yang Retweet dan sebar fitnah pasal bapa Balqish. Ni perbualan aku dengan bapa budak 15 tahun tu.

Di dalam tangkap layar tersebut, lelaki yang disapa sebagai GG menyatakan bahawa dia telah membuat laporan polis berhubung isu terbabit, namun enggan mendedahkan lokasi balai polis tersebut.

Sorry uncle tak boleh nak dedahkan balai mana dan sebagainya tapi memang dah buat laporan polis.

Dedahnya lagi, dia masih waras dan mengakui tidak pernah terfikir untuk membuat perbuatan terkutuk itu terhadap anaknya.

GG masih waras dan wallahi memang tak terniat atau terfikir GG nak buat dan katakan benda-benda keji itu.

Allah Yang Maha Mengetahui segalanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim menyatakan bahawa lelaki berkenaan telah membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan tersebut di Balai Polis Bandar Baharu, Kedah, semalam.

Setakat ini, tiada laporan (polis bapa pelakon remaja) diterima berkaitan perkara itu di Kuala Lumpur.

Foto tangkap layar

Sumber : kamalazizKinGHarian Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Puteri Sarah Tak Rela Bermadu, Ulas Lakonan Jadi Isteri Tua Tiada Kena Mengena Dalam Hidup

Membawakan watak isteri pertama menerusi naskhah teater Maduku Terpaling Kalut, Puteri Sarah Liyana menegaskan karakter …

Leave a Reply

Your email address will not be published.