“Dugaan Datang Hanya Allah SWT Yang Tahu, Berapa Banyak Titisan Air Mata Ni Jatuh,” – Alyah dedah apa yang dilaluinya sepanjang.. ….

Penyanyi Datin Alyah tidak menafikan banyak dugaan yang perlu ditempuhinya di dalam proses untuk menghasilkan single terbaharu, Cinta Sahabiyah yang bakal dilancarkan September depan.Bagaimanapun, ia secara tidak langsung mengajarkan erti sabar buat isteri kepada maestro muzik, Datuk Ramli MS ini.

“Terlalu banyak dugaan untuk siapkan lagu ini. Dugaan yang datang hanya Allah SWT sahaja yang tahu berapa banyak titisan air mata ni jatuh dan dari situ saya terfikir dan terdetik siapa pemilik ‘Sahabiyah’ ini?“Saya sedang lalui proses ini dan dari situ baru saya mengerti sabar yang kita miliki hari ini terlalu jauh nak dibandingkan dengan wanita wanita hebat di zaman Rasulullah SAW.

“Ya Allah SWT kami tak mampu menjadi sahabiyah. Lemahnya kami Ya Allah. Namun kami tidak mahu berputus asa untuk sentiasa berdiri di bawah bayangan wanita-wanita hebat yang dipilih oleh Mu ya Allah.“Juga belajar dari cara mereka memperbaiki diri demimu ya Allah SWT,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen di Instagram.

Terdahulu, Alyah turut terbayang mengenai bagaimanakah cinta yang diperjuangkan oleh golongan wanita pada zaman Rasulullah SAW.“Bagaimana cinta wanita wanita hebat di zaman Rasulullah SAW? Jauh kalau nak dibandingkan kita dengan mereka.

“Namun hati ini ingin sekali memperjuangkannya. Kita tak tahu apa akan jadi ke hadapan semua rahsia Allah SWT.

Sumber:mediahiburan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Puteri Sarah Tak Rela Bermadu, Ulas Lakonan Jadi Isteri Tua Tiada Kena Mengena Dalam Hidup

Membawakan watak isteri pertama menerusi naskhah teater Maduku Terpaling Kalut, Puteri Sarah Liyana menegaskan karakter …

Leave a Reply

Your email address will not be published.