Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai harga tiket bagi konsert penyanyi terkenal indonesia, Datuk Rossa yang dikatakan sangat mahal dan tidak masuk dek akal.
Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh @LeAlterEgo di laman Twitternya, dia mengeluh apabila melihat harga tiket konsert yang bakal dilangsungkan di Kuala Lumpur pada 2 November ini.
Ku menangis… membayangkan. Tiket RM5000 tu. Ada sesiapa perlukan pekerja part time? ??? pic.twitter.com/z9b4z4dytC
— سَيْف (@LeAlterEgo) September 3, 2022
Mahal sangat! tak berbaloi!
Susulan itu, rata-rata netizen terkejut serta kecewa dengan harga yang diletakkan oleh pihak penganjur kerana mereka menyifatkan harga tiket tersebut adalah terlalu mahal.
Harga tiket konsert Billie dengan Blackpink lagi murah!
Bukan itu sahaja, ada juga segelintir netizen dapat merasakan bahawa harga tiket bagi konsert artis luar negara seperti Billie Eilish dan kumpulan bintang K-Pop, Blackpink lebih murah berbanding dengan harga tiket bagi penyanyi dari negara jiran tersebut.
Demi Rossa!
Pun begitu, disebalik keluhan netizen, ada juga netizen yang tidak kisah dan tidak mahu melepaskan peluang dimana mereka sudah membuat tabungan awal bagi menghadiri konsert itu.
Malah, ada juga individu yang berpendapat asbab harga tiket RM5,000 konsert diva Indonesia itu hanya diperuntukkan untuk beberapa kerusi sahaja bagi tujuan kebajikan, sama seperti konsert yang dilakukan sebelum ini.
Lihat siaran ini di Instagram
Sumber: Twitter @LeAlterEgo
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.