Berita
Walaupun Saya Tak Berhijab, Tapi Jangan Pandang Saya HinaSangat – lfa Raziah

” Saya tak faham kenapa perlu bersikap berat sebelah!”
Demikian kata-kata penyanyi k0ntro-versi, lfa Raziah yang mempersoalkan sikap pilih kasih segelintir goIongan agamawan yang dilihat begitu lantang menegur perbuatan selebriti dalam media sosial, kononnya bertentangan dengan ajaran Islam.
lfa yang menerima teguran beberapa golongan agamawan hingga dikec4m netizen meluahkan rasa hairan kenapa hanya selebriti menjadi sasaran, sedangkan ada juga isu negatif membabitkan pendkwah, namun, mereka mengunci mulut.
” Saya perhatikan jika isu membabitkan selebriti pasti ramai tampil memberi komen, seolah-olah mengh4sut ntizen mengec4m dan memben-ci saya.
” Namun, jika itu membabitkan pendkwah seperti yang dibaca dalam laman sosial, mereka langsung tak bersuara atau memberikan sebarang komen,” katanya kepada BH0nline.
lfa atau nama sebenarnya, Saripah Raziah Mustapha ditemui pada majlis pelancaran korset Wonder Suit by Jovian di Tropicana Golf & Country Resort, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Hiburan sememangnya sudah terang saIah..
Popular menerusi lagu Ser Ser Ser dan Gemerincing Rindu, lfa berkata, jangan menjadikan selebriti sebagai kambing hitam dan hanya melihat sebagai pend0sa hanya kerana terbabit dalam dunia hiburan.
” Jika nak berdkwah gunakan pendekatan lain untuk menyebarkan kebaikan. Janganlah menggunakan pendekatan yang boleh mengh4sut ntizen mengec4m saya.
” Dan tak perlulah menggunakan industri hiburan sebagai medium mencari kesilapan kerana hiburan sememangnya sudah terang saIah dan berd0sa.
” Selama ini, saya sangat menghormati golongan agamawan dan tak pernah gnggu mereka. Dunia kita berbeza dan lebih baik cuba hormat dan bersikap realistik,” katanya.
Jangan pandang saya h1na sangat
Bagi pelakon drama Janda Kosmopolitan dan Risik Pada Hati itu, menegur ada caranya, bukankah lebih elok menghantar mesej peribadi kepadanya.
” Apa motif mereka sebenarnya. Saya tak pernah b1adab dengan mana-mana golongan agamawan.
” Walaupun saya tidak berhijab, tetapi jangan pandang saya h1na sangat.
” Tak semestinya wanita berhijab tidak melakukan kesilapan. Mereka memberikan teguran seolah-olah mereka duduk sebumbung dengan saya.
” Adakah melihat hubungan saya dengan Tuhan. Seeloknya biarlah saling menghormati kerjaya masing-masing,” katanya.
Mengulas video siaran langsung sedang bersolat, lfa menegaskan, dia sengaja bertindak sedemikian untuk membuktikan dirinya tidak sejahiI yang disangkakan.
” Hanya saya tidak berhijab ramai menyangka saya jah1l dan kaf1r. Tidak kurang juga mengatakan saya cuba mencabar agama.
” Jadi, saya ambil pendekatan membuat siaran langsung sedang bersolat. Saya nak buktikan saya masih berpegang teguh dengan ajaran agama Islam.
” Ini kerana rezeki dan kesihatan saya semuanya datang daripada Allah,” ujarnya.
K0ntro-versi lfa tercetus selepas video bergeIek pada majlis akikah tular dalam media sosial sehingga mendapat teguran beberapa pendkwah seperti Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani dan Ustazah Asma Harun.
Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani sebelum itu menegur pemilik nama Saripah Raziah Mustaph di Facebook.
” Tak semua boleh bawa masuk duit tu menjadi keuntungan bagi kehidupan kita, yang di bimbang jika yang masuk duit tu membawa kepada kecelakaan di masa depan kita.
” Setiap mukmin akan disoal di hadapan Allah nanti dari mana ia mendapatkan hartanya dan kemana ia membelanjakan hartanya di jalan Allah.
” Jika hartanya hanya mengenyangkan perutnya, tergolek goleklah ia di akhirat nanti, menjawab di hadapan Allah, lebih lebih lagi hartanya dari sumber menggoIek mengeIek pung-gungnya di khalayak ramai di dunia ini.
” Kau ingat geIek di khalayak tu dapat pahala ke? Bangganya kau!!” kata Ustaz Ahmad Dusuki.
Susulan dari teguran itu juga ramai yang berpihak kepada Ustaz Ahmad Dusuki dan meminta lfa Raziah agar tidak terlalu berani meIanggr hukvm Allah.
Sumber:bharian
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Berita
“Teman Sudah ditangkap.. “.. Dia guna pisau potong ayam..Ika Di bakar pukul 10malam semalam.. Rupanya sudah ada..

Update : Selesai siasatan awal.. berita lanjut???? masih mencari lagi rakan subahat/pelaku
sumber socmed; arwah perempuan berumur 21 tahun, yatim piatu yang baru kematian ibu.. dibakar dibunuh dah dibelah perut dengan tragis kerana perbalahan kerana telah mengandung kandungan luar nikah berusia 4 bulan.
Mayat terbakar di kebun kelapa sawit
Lelaki tikam, toreh, bakar kekasih hamil
SABAK BERNAM – Seorang lelaki diibaratkan dirasuk syaitan apabila bertindak kejam membunuh dan membakar teman wanitanya sebanyak dua kali di sebuah kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar di sini.
Tindakan tidak berperikemanusian itu dilakukan suspek berusia 20 tahun selama dua hari bermula kelmarin selepas berlaku perselisihan faham berkaitan menyembunyikan kehamilan luar nikah mangsa yang berusia 21 tahun.
Selain memukul dan menoreh perut kekasihnya yang merupakan pelayan restoran itu, suspek juga dipercayai turut sempat membeli minyak petrol di stesen minyak untuk membakar mangsa .
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd. Alias berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan mayat mangsa, kira-kira pukul 8.15 pagi semalam.
Katanya, siasatan mendapati wanita yang hamil empat bulan itu dibawa suspek menaiki sebuah kereta sebelum dibunuh dan dibakar di kebun tersebut, kira-kira pukul 10 malam kelmarin.
“Namun, suspek kembali ke sekitar lokasi sama untuk sekali lagi membakar mangsa semalam dengan menaiki motosikal dan membawa tong berisi petrol.
“Lelaki yang mahu melupuskan mayat itu kemudian dipercayai membuang semua bahan bukti termasuk barangan mangsa di sekitar Jalan Lama Kuala Selangor,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam di sini, hari ini.
Pasangan kekasih itu dipercayai menjalin hubungan sejak setahun lalu sebelum berlaku perbalahan akibat kehamilan tersebut.
Jelas Agus Salim, siasatan lanjut membawa kepada penahanan suspek dalam tempoh lima jam selepas penemuan mayat itu iaitu kira-kira pukul 1.45 petang hari sama di sebuah rumah sekitar Sungai Besar dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Tambah beliau, mayat mangsa yang terbakar 60 peratus ini masih berada di Hospital Sungai Buloh bagi proses bedah siasatan. – KOSMO! ONLINE
Berita
Anak sulung Rita Rudaini patah tangan

Pelakon popular, Rita Rudaini, 47, meminta netizen berhenti dari mengaitkan nama bekas suami, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak dengan kehidupannya bersama anak-anak.
Rita berkata, dia kini sudah hidup tenang dan bahagia bersama dua anaknya.
Rita berkata, dia juga bertanya kepada netizen apa jasa bekas suami kepada anak-anaknya sebelum ini.
“Adakah mereka pernah tengok saya ‘post’ (hantaran) sebarang hadiah atau pemberian daripada bekas suami kepada anak-anak sebelum ini? Tiada bukan?
“Justeru, saya minta netizen tidak lagi mengaitkan bekas suami dengan apa yang saya ‘post’ di media sosial mengenai anak-anak kerana tidak mahu mengganggu emosi mereka yang sedang membesar,” katanya kepada Harian Metro.
Ditanya mengenai kemalangan yang menimpa anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin, 14, yang dikongsi di Instagram, Rita berkata, Rayyan patah tangan ketika bermain bola sepak bersama rakan-rakannya di sekolah, minggu lalu.
“Pihak sekolah yang membawa Rayyan untuk mendapat rawatan di Hospital Tampin, Negeri Sembilan. Selepas tangannya yang patah itu disimen, saya menukarnya ke pusat perubatan di Kuala Lumpur.
“Selepas beberapa hari di rawat, Rayyan dibenarkan pulang ke rumah. Rayyan juga perlu menjalani fisioterapi setiap minggu di pusat perubatan itu.
“Buat masa ini, saya yang menjaga Rayyan di rumah sehingga keadaannya pulih sepenuhnya untuk kembali ke sekolah kerana dia tinggal di asrama,” katanya.
Rita berkata, Rayyan kini seolah-olah mengalami gangguan emosi disebabkan keadaan fizikal yang membataskan pergerakannya.
“Emosinya tak tentu juga. Kadang-kadang dia okey dan banyak cakap. Kadang-kadang tak nak bercakap langsung. Tertekan sebab sebelah tangan je boleh guna, susah untuk dia bergerak. Mujur saya kini tidak terbabit dengan penggambaran ketika ini dan dapat menjaganya di rumah,” katanya.
Selain Rayyan, Rita juga memiliki seorang lagi anak iaitu Airit Qaqa Arjuna, 12.
Sumber:HM
Berita
Bicara Ebit Lew: Ada 436 gambar dalam telefon bimbit

Saksi ketujuh perbicaraan kes pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa 436 keping gambar diperoleh daripada sebuah telefon bimbit jenama Samsung Galaxy A31 berkaitan kes itu yang dihantar ke makmal forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Juruanalisis Kanan Audio Video PDRM ASP Latifah Abdul Aziz, 43, berkata, selain gambar itu, terdapat empat rakaman video dan 219 gambar tangkap layar juga diperoleh daripada telefon bimbit berkenaan.
Latifah berkata, telefon bimbit yang disimpan dalam sampul surat berwarna putih itu telah dihantar ke makmal forensik PDRM Cheras Selangor pada 9 Ogos 2021, kira-kira 3.20 petang iaitu tempat beliau bertugas.
Setelah menerima telefon bimbit itu, beliau telah membuat pemeriksaan fizikal bagi memastikan telefon itu tiada kerosakan dan berfungsi dengan baik sebelum membuat analisis terhadap telefon bimbit itu pada tarikh yang sama.
Saya menjalankan proses ‘extraction’ ke atas barang kes (telefon bimbit) dengan menggunakan perisian XRY dan mengenal pasti data yang diperlukan oleh pegawai penyiasat,” katanya dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad hari ini.
Latifah berkata, beliau mengambil masa kira-kira tiga jam untuk membuat analisa kandungan yang terdapat dalam telefon bimbit itu sebelum menyalin data yang diperoleh itu ke dalam dua cakera padat PDRM yang dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan.
Katanya, satu CD itu tersimpan 436 gambar berserta empat rakaman video manakala satu CD lagi adalah 219 gambar tangkap layar daripada aplikasi WhatsApp.
Dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria, Latifah juga turut memberitahu bahawa hasil pemerhatiannya mendapati bahawa empat video yang ditayangkan dalam mahkamah pada hari ini tidak mengalami sebarang pengubahsuaian.
Hal ini kerana keempat-empat video daripada telefon bimbit yang dimainkan itu bergerak secara ‘frame by frame’ kerana video yang telah diubah suai akan mengalami satu situasi yang dikenali sebagai ‘jumping’.
Lew, 37, berdepan 11 pertuduhan, antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.
Pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan bersambung esok
Sumber:HM
-
Hiburan5 months ago
Tahniah.. Eman Manan & Ogy Akhirnya Disatukan Kembali? Ini Cinta Yg Terputus Tidak Dapat Diganti..
-
Hiburan5 months ago
Masih Ingat Pelakon Irma Hasmie? Selepas 11 tahun berkahwin,Tak sangka begini Kehidupannya skrg “ dah jadi macam ni”..
-
Hiburan2 months ago
Takda masalah, dia isteri kedua ayah..” Anak2 sudah jumpa Ira Kazar.. Tak sangka ini pendedahan Syamsul bila mereka berjumpa..
-
Hiburan3 months ago
“Latu request nak jafi Ratu”- Alha Alfa
-
Hiburan2 months ago
Nampak perubahan kamal..mereka pun masih takvt kerana..” Setelah kejadian Haritu, Ini keadaan terkini Kamal adli
-
Hiburan2 months ago
Sha adalah mngsa pndera4n..” Shil Amzah bongkar rahsla besar keluarga
-
Hiburan2 months ago
Ibu Syamsul titip pesan,, untuk puteri sarah buat n3tizen sebak
-
Hiburan2 months ago
Anak tlada MasaIah..dah tahu saya Nak bercerai.. Dia terus..” Baru je selesai mahkamah, Ini yg Ank sarah cakap