Nad Zainal Bercerai, Reda Perkahwinan Hanya Bertahan Tujuh Tahun

Pelakon Nad Zainal mengesahkan telah bercerai dengan suaminya, Muhammad Faliq Amiruddin, selepas tujuh tahun melayari bahtera rumah tangga.

Bercerai cara baik

Bagaimanapun, Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin enggan mendedahkan tarikh mereka berpisah.

Spekulasi mula tercetus apabila semakan dalam Instagram milik pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu mendapati tiada lagi foto bersama Muhammad Faliq.

Iya, kami sudah bercerai, baru-baru ini. Keputusan berpisah ini juga dicapai dengan kata sepakat.

Kami masih berkawan baik demi anak-anak.

Enggan timbul fitnah

Dalam pada itu, Pelakon Drama Wanita Terbaik, Anugerah Skrin 2018 enggan mengulas lanjut. Katanya, fokus utama sekarang adalah pada dua anaknya.

Cukup dikongsi status terkini. Saya perlu menjelaskannya agar tidak mengundang fitnah.

Apa yang lebih utama, saya perlu kuat untuk meneruskan survival membesarkan dua cahaya mata serta membiasakan diri dengan status ibu tunggal.

Terdahulu, Nad dan Muhammad Faliq mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 2015.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom, 1.

Sumber: BH Online

About admin

Check Also

Bapa Pemain Ditamp4r Harap Jurul4tih Dikekalkan -“Kami Kenal Cikgu Hadee”

Sejak video seorang jurulatih menampar beberapa peserta remaja di satu kejohoan bola tampar tular di …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *