[VIDEO] Budak Jual Mangga Tepi Jalan Tertidur Dalam Longkang Ketika Hujan Undang Sebak – ‘Dia Cakap Mama Dia Pergi Ambil Adik’

Setiap kali bercerita mengenai kesusahan yang dihadapi, pasti ramai yang mengakui bahawa dirinya susah sedangkan kadang-kadang kita lupa untuk bersyukur dengan nikmat dan rezeki yang diberikan oleh Allah SWT.

Lebih menyedihkan apabila masih ada golongan yang betul-betul susah sehingga tiada duit untuk membeli makanan, minuman serta tempat untuk berteduh.

Nampak budak tidur dalam longkang

Ketika kanak-kanak lain sedang nyenyak tidur dalam bilik yang selesa, namun terdapat seorang kanak-kanak perempuan gigih mencari rezeki di Sepanggar, Kota Kinabalu. Perkara berkenaan secara tidak langsung mengundang sebak warganet.

Hendak dijadikan cerita, seorang wanita dikenali sebagai Deyla Habib berhenti di persimpangan sebuah lampu isyarat, ketika itu dia ternampak kanak-kanak terbabit sedang tidur di dalam longkang sambil memegang payung kerana hujan. Lebih meruntun lagi apabila rupa-rupanya kanak-kanak perempuan itu berada di sana kerana ingin membantu keluarganya untuk menjual buah mangga.

Saya panggil dia beberapa kali baru dia dengar dan datang ke kereta. Ya Allah menangis tengok adik ni. Bila saya tanya mana mama dia, dia cakap mama dia pergi ambil adik dia.

Dalam pada itu, Deyla sempat menghulurkan duit sebanyak RM2.00 kepada si cilik itu kerana dia tidak membawa wang yang banyak. Bagaimanapun pada keesokan harinya, wanita terbabit kembali ke lokasi yang sama untuk memberikan sumbangan lagi. Malah, dia sempat bertemu dengan rakan-rakan serta abang kanak-kanak tersebut yang sedang menjual juga.

Alhamdulillah dia masih sihat hari ini dan mampu tersenyum bersama abang dan kawan-kawan yang lain.

‘Sayu tengok adik ni’

Tampil beri respon

Sumber : deylahabib94

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Isu Ebit Lew, Menteri Agama minta orang ramai ‘tak menangguk di air keruh’

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad meminta  orang ramai untuk …

Leave a Reply

Your email address will not be published.