Sudah mohon maaf tetap dikecam, Shila Amzah bukan ‘punching bag’ pelepas kemarahan

INSIDEN membuang gula-gula getah daripada mulut ketika sedang membuat persembahan pentas baru-baru ini menyebabkan penyanyi Shila Amzah teruk dikecam netizen.

Ramai beranggapan perbuatan itu kurang sopan apatah lagi dilakukan menerusi program siaran langsung.

Meskipun sudah meminta maaf dan menjelaskan tindakannya itu tetapi nampaknya masih ada netizen mengecam Shila di media sosial.

Tampil mempertahankan diri, Shila atau Nurshahila Amir Amzah berkata, dia sudah membuat sehabis baik untuk bersikap wajar meskipun tetap dikecam netizen.

Shila sudah membuat sehabis baik untuk bersikap wajar walaupun dikecam

Kata Shila, dirinya bukan ‘punching bag’ untuk dijadikan tempat maki hamun sesuka hati.

“Saya tahu semua tertekan dengan kehidupan masing-masing tetapi kita semua bukan ‘punching bag’ untuk anda maki sesuka hati.

“Pandang, ambil masa dan refleks. Sabarlah kalian semua, ini adalah pancaroba dunia. Semoga hari-hari kalian akan lebih baik di masa hadapan, Sha doakan,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram.

Dalam pada itu, rata-rata pengikut penyanyi lagu Khilaf Asmara itu memintanya bersabar dan mengabaikan kata-kata negatif segelintir netizen terhadapnya.

“Semoga hari-hari kalian akan lebih baik di masa hadapan, Sha doakan.”

“Abaikan perkara negatif, kami sentiasa bersama Shila.

“Setiap daripada kita mempunyai masalah kehidupan tersendiri, Allah menguji kita dengan cara berbeza.

“Kita kena sabar dan cuba buat terbaik, Insya Allah akan peroleh kejayaan,” tulis peminat.

sumber:mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Isu Ebit Lew, Menteri Agama minta orang ramai ‘tak menangguk di air keruh’

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad meminta  orang ramai untuk …

Leave a Reply

Your email address will not be published.