Peluk Islam Pada 2003, Dah 19 Tahun Perkhwinan Tapi Belum Ada Anak, Ini Luahan Isteri Mark Adam

Happy anniversary diucapkan kepada Mark Adam dan isteri! Pejam celik dah 19 tahun usia perkahwinan mereka. Wow, dah lebih sedekad nampaknya. Paling best tarikh perkahwinan mereka sama dengan tarikh kemerdekaan Malaysia iatu 31 Ogos. Bertuahnya! Pasangan ini berkahwin pada 31 Ogos 2003. Biarpun masih belum dikurniakan zuriat tetapi mereka tetap bahagia dengan cara tersendiri. Malah, rezeki juga semakin murah.

Mark Adam yang merupakan penyanyi, pelakon, pelawak dan penyampai radio telah memuat naik satu video pendek di Instagramnya memaparkan dia dan isteri meraikan momen anniversary sambil makan dalam kereta. “Susah senang kita bersama Dugaan dan rezeki kita redha Syukur Alhamdulillah Happy 19th Anniversary @ezzpowers August 31, 2003 & Salam Merdeka to Everyone”

Menjengah ke akaun Instagram isterinya pula, Norazah Redzuan atau dikenali sebagai Ezan Marzan Echivarre turut berkongsi ucapannya yang sangat bermakna dan bersyukur dengan kebahagiaan serta rezeki yang Allah SWT kurniakan buat mereka selama 19 tahun bergelar suami isteri. “Bismillahirrahmanirrahim…. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Pencipta sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

“Alhamdulillah today 31 August 2022 we are celebrating our 19 years together, time flies so fast, dan alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan ini dengan menunaikan segala tangungjawab yang telah diamanahkan olehNya…tanggungjawab sebagai seorang hamba, sebagai seorang ummat, sebagai seorang Isteri/Suami dan juga seorang anak.” Norazah turut meluahkan bahawa banyak ujian yang perlu ditempuh sepanjang mereka membina kebahagiaan bersama.

“LEBIH SEDEKAD, SEMESTINYA DALAM MELANGKAH TERKADANG DIUJI DENGAN UJIAN YANG KADANG TERASA BERAT, HINGGA KADANG TERDUDUK DAN MENANGIS, KETAWA DAN GEMBIRA BERSAMA. PERITNYA SETIAP UJIAN ITU HANYA ALLAH YANG TAHU DAN FAHAM. ALLAH MENGUJI SETIAP ORANG BERBEZA-BEZA UJIANNYA. “Syukur Alhamdulillah That we had to make this relationship last and more stronger. We still have a lot of struggles to encounter but I know we can surpass anything as long as we are willing and choosing to love each other.

“Syukur Ya Allah for the opportunity till to this level. Semoga Allah melindungi perkahwinan kita ini hingga ke Jannah Insyaallah.. Happy 19th Anniversary Marky” Untuk rekod, Mark Adam atau nama Islamnya, Fikri Mark Adam Abdullah dilahirkan di Cebu, Filipina. Dia berhijrah ke Malaysia pada tahun 2001 dan dikenali ramai sebagai penyanyi, pelakon, pelawak serta penyampai radio.

Kredit Foto: Instagram Mark Adam & Ezan Marzan Echivarre

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Tlada wanita mahu brcer4i tnpa sebab..” Diana Danielle datang mahkamah minta berpisah, Ini pula Balas Farid kamil

Pelakon Diana Danielle telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Farid Kamil pada awal bulan ini. …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *