“Kereta Mama Nak Pi Gym..”- Steady Bergelek Kak KM, ‘Angkat’ Kereta Range Rover Putih Pula

Usahawan sensasi Liana Rosli mencuri perhatian ramai apabila difahamkan telah membeli sebuah kereta mewah terbaharu jenis Range Rover. Menerusi ruangan kapsyen di Instagram, ibu kepada empat cahaya mata itu secara seloroh menjelaskan kereta itu untuk kegunaannya pergi ke gimnasium. “Peeweiittttttt….. kereta mama nak pi gym,” tulisnya Liana atau lebih mesra disapa Kak KM menerusi ruangan kapsyen.

Malah, Kak KM turut berkongsi momen video sewaktu mengambil kereta baharu tersebut untuk tatapan para pengikutnya.“Alhamdulillah, ‘budak jahat’ dah keluar,” titipnya lagi. Menerusi perkongsian sama, anak kepada dramatis senior, Normah Damanhuri itu turut memilih nombor pendaftaran KAK 177 untuk kereta baharunya itu. Sebelum ini pada November lalu, Kak KM turut memiliki sebuah kereta jenis Mercedes-Benz baru bertujuan ke hospital untuk bersalin anak keempatnya.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh lianarosli (@lianarosli_official)

terdahulu, DI SEBALIK kegembiraan berjaya membeli sebuah rumah lot banglo, usahawan sensasi Kak KM juga tidak terlepas daripada kecaman apabila dia dikatakan sengaja mempamerkan kemewahan di media sosial. Enggan ambil pusing dengan kecaman netizen itu, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli berharap apa yang dikongsi itu dapat memberikan inspirasi kepada orang ramai supaya berusaha lebih gigih dalam mencapai sesuatu impian.

“Syukur dengan rezeki yang diberikan. Tuhan mendengar doa saya selama ini. Kalau sentiasa berbuat baik pasti ada rezeki. “Kalau ada yang tak suka tengok perkongsian saya itu, tutup sahaja media sosial. Sejujurnya saya kongsi bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi mahu beri inspirasi supaya orang lain turut berusaha lebih kuat lagi untuk memiliki apa yang dihajati. “Lihatlah dari sudut positif.

Bagaikan tidak dapat lari daripada kecaman, anak kepada aktres veteran Normah Damanhuri ini berkata sudah lali dengan segala kata-kata buruk yang dilemparkan. “Usahawan seperti saya ini memang selalu kena kecam. Tidak kisahlah apa orang hendak katakan, saya hanya lihat dari sudut positif. Semakin dikecam semakin ramai orang kenal produk saya. “Sebenarnya orang yang selalu kecam inilah ada masalah cemburu.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh lianarosli (@lianarosli_official)

Sumber: Media hiburan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Patutlah dia dah beberapa kali keluar masuk hospital sebelum ni.. “Tak sangka fad buka cerita keadaan terkini isteri buat semua mendoakan..

Tindakan pelawak dan penyampai radio, Fad Bocey yang berkongsi video memaparkan isterinya, Syaheera Rahman sedang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.