Bercinta Dgn Lelaki Beza Agama, Penyanyi Yazmin Aziz Pelik Ramai Netizen ‘Stress’ Melihat Mereka

Umum mengetahui mengenai hubungan cinta antara pempengaruh media sosial, Yazmin Aziz dengan pemain bola sepak Kelantan FC, Gulherme Brizolara yang sering menjadi buah mulut wargamaya. Baru-baru ini, Yazmin memuat naik sebuah video di TikTok menjawab soalan wargamaya yang kerap bertanyakan mengenai agama kekasihnya itu.

Menerusi video berdurasi lebih 20 saat itu, Yazmin memaklumkan bahawa kekasihnya itu beragama Katolik bukannya Kristian seperti yang disangka orang ramai. “Okay bespren ramai yang tanya benda sama, jadi saya akan jawab pertanyaan tersebut. No, dia bukan Kristian. Tapi dia seorang Katolik,” jelasnya. Walaubagaimanapun, Yazmin meluahkan bahawa dia tidak faham kenapa orang ramai mempersoalkan tentang perbezaan agama mereka.

“Yes dua-dua agama kami berbeza. But bespren, I don’t understand, kenapa ramai orang stress daripada kami tentang agama berbeza?” katanya dalam video. Meninjau diruangan komen, rata-rata wargamaya dilihat membetulkan fakta yang diujarkan oleh Yazmin mengenai agama teman lelakinya itu.

BEBERAPA hari lalu, tular beberapa keping foto dan video TikTok milik Yazmin Aziz dalam media sosial.  Bukan video nyanyian atau drama ‘bestfriend’ tetapi memaparkan dia bersama seorang pemain bola sepak Kelantan, Nixon Guylherme yang sepertinya sedang hangat dilamun cinta. Namun ada satu video yang menarik perhatian Diva iaitu aksinya menari bersama atlet tersebut di sebuah lokasi pelancongan tanah tingg

“Berasa sangat bahagia merupakan satu bentuk rahmat,” tulisnya dalam ruangan kapsyen. Selain itu, Guylherme pun turut memuat naik video memaparkan video dan foto romantis mereka dalam akaun TikToknya. Agak berani jugalah mereka memuat naik aksi mesra seperti berpelukan dan bercium dalam media sosial. Hangat sungguh percintaannya. Yazmin sendiri mengakui sedang bahagia dengan kekasihnya ketika ini.

Sumber: Obulan

About admin

Check Also

Isu Ebit Lew, Menteri Agama minta orang ramai ‘tak menangguk di air keruh’

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad meminta  orang ramai untuk …

Leave a Reply

Your email address will not be published.