Baby Shima disuruh pindah ke Indonesia – “Kau tak diperlukan kat sini”

Gara-gara sering menimbulkan kontroversi, penyanyi Baby Shima diminta berpindah ke Indonesia kerana tidak diperlukan lagi sebagai penghibur di negara ini.

Menerusi satu hantaran di laman Instagram, penyanyi berusia 30 tahun itu berkongsi tangkap layar memaparkan komen seorang individu yang tidak berpuas hati dengan dirinya.

Namun begitu, Baby Shima menegaskan kewujudannya dalam industri masih relevan kerana terus menerima pelbagai undangan persembahan.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh NENG BABY SHIMA (@babyshimaofficial)

“Ye ke tak diperlukan? Sebab banyak persembahan saya lagi di Malaysia. Tu nampak diperlukan lagi,” balas Baby Shima kepada individu tersebut.

Menurut penyanyi lagu Pura Pura Bujang itu, dalam masa sama, dia tetap akan terbang ke negara seberang untuk menjayakan persembahan tertentu.

“Saya akan ke sana (Indonesia) juga sebab banyak show di sana, dan di sini. Semakin ramai tak suka saya, semakin ramai pula undang saya,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Terdahulu, individu berkenaan meninggalkan komen berbaur kebencian di salah sebuah posting Instagram Baby Shima dengan mendakwa penyanyi itu memburukkan imej agama.

“Duduk jelah kat Indonesia sana. Tak payah balik sini lagi.. kau tak diperlukan di sini. Selagi kau ada di sini, Islam tercemar,” komennya.

Bagaimanapun, difahamkan Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli kini sudah berada di Indonesia berdasarkan video yang dikongsikan semalam.

Akhirnya pulang ke rumahku Indonesia

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh NENG BABY SHIMA (@babyshimaofficial)

Sumber: Instagram Baby Shima

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Lain kali disuruh ‘post’ Tkpayah ‘post’.. Orang lain yang terbabit semuanya ‘maIaik4t’, saya seorang saja tldak” Zul Ariffin tuju pada Seseorang?

“Tiada tindakan sebab orang lain yang terbabit semuanya `malaikaf, saya seorang saja tidak. Jadi, saya …

Leave a Reply

Your email address will not be published.