Tahniah. Sama Cantik Dan Padan, Sekitar Majlis Akad Nikah Penyanyi Shahir & Pasangan Jaskin Jaludin

Kuala Lumpur – Penyanyi Shahir Zawawi sebelum ini memaklumkan dia bakal mendirikan rumah tangga dengan tunangnya, Jaskin Jaludin pada 2 September ini bertempat di Subang Jaya, Selangor. Shahir berkata dia berd.ebar untuk melangkah ke fasa seterusnya namun dalam masa yang sama teruja bakal menerima keluarga baharu. Perasaan saya ketika ini sudah tentu berd.ebar-d.ebar.

Sebab nak pergi ke satu fasa yang juga alam kehidupan baru yang selama ini kita bersendirian, tapi kali ini nak berdua dan berteman. Selain itu masuk dalam keluarga baru. “Jadi saya perlu sesuaikan diri, membawa diri, dalam masa sama nak pikul tang.gungjawab yang lebih besar. Saya kira banyak perkara lagi yang perlu dilalui,” katanya. Menurut penyanyi lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu, semua persiapan sudah pun disediakan dan cuma menunggu hari untuk diijabkabulkan pada Jumaat ini.

Sekarang ini saya lebih kepada berdoa, semoga Allah permudahkan segala urusan. Persiapan saya buat ini banyak dalam masa singkat untuk majlis kahwin ni. “Bagi saya, majlis ini lebih pada nak halalkan h.ubungan dan dalam masa sama moga Allah permudahkan,” katanya. Semakin hampir hari berse.jarah, bertambah debaran di hati.

Namun, jujurnya, saya sudah bersedia memikul tanggu.ngjawab sebagai ketua keluarga sebaik dipertemukan dengan Jaskin. Doakan urusan majlis pernikahan kami berjalan lancar, begitu juga majlis resepsi. Persiapan sudah disempurnakan dengan bantuan ahli keluarga. “Kami mengadakan majlis akad nikah pada sebelah malam, namun, ia hanya membabitkan kehadiran 300 tetamu yang terdiri keluarga terdekat,” katanya.

Shahir dan bakal suri hatinya akan diraikan dalam satu resepsi di lokasi sama dengan pernikahan, pada keesokan hari iaitu 3 September. Terdahulu, penyanyi yang dicungkil bakatnya menerusi program Akademi Fantasia musim kelapan itu telah mengikat tali pertunangan pada 16 Julai lalu di kediaman keluarga tunangnya di Tawau, Sabah.

Sekitar Majlis Shahir Dan Pasangan

Kredit : HM/IG

About admin

Check Also

“Ya Allah, Aku Datang Dari Jauh”- Erra K0ngsi Peng4laman P4hit Semasa Mengerj4kan Umr4h

“kun fayakun” bermaksud jika Allah berkehendak, maka jadi lah ia. Perkongsian Erra Fazira tentang pengalaman pahitnya …

Leave a Reply

Your email address will not be published.