‘Inilah Akibat Tolong BiawakHidup’ – Luahan Joey BPR, Terpaksa Tangguh Buat Umrah Sbb Nama Sangkut..

” Aku takde hutang dengan sesiapa. Bila aku check CTOS aku ada hutang, aku agak terkejut.”

Itu kata-kata penyanyi kumpulan Bumi Putra Rockers (BPR), Joey yang terpaksa menangguhkan impian untuk menunaikan umrah serta mengerjakan haji dalam masa terdekat kerana namanya tersenarai dalam rekod CTOS Data Systems Sdn Bhd (Ctos) dengan jumlah hutang RM32,000.

Menurut Joey, 58, atau nama sebenarnya Johari Mat Rozekhi ketika dihubungi, ia bukan bermakna namanya disenarai hitam tetapi dia mempunyai prinsip sendiri dalam menunaikan ibadah.

” Tahun depan umur aku 60. Masuklah kategori warga emas.. Selagi tak settle CTOS aku ni. Nampak gaya niat aku tu berderai begitu saja.

” Bagi saya, kalau nak pergi umrah atau haji, seharusnya selesaikan segala hutang yang ada. Barulah afdal dan dapat haji mabrur.

” Saya sebenarnya tidak berhutang dengan sesiapa, baik kereta mahupun rumah,” katanya kepada Harian Metro.

Akibat, tolong biawak hidop

Menurutnya, masalah ini tercetus apabila seorang rakannya, Anuar dan isterinya mengajaknya bekerjasama menubuhkan syarikat.

” Kes lama. Mamat tu laki bini pun dah hilang. Entah-entah dah mamp#s. Inilah akibat, tolong biawak hidop. Aku tak pernah pun check CTOS. Bila check, terkejut la.

” Mereka berniaga menyediakan papan tanda dan peralatan jalan raya. Saya pun bersetuju. Jadi ‘sleeping partner’. Tapi masa tu saya berniaga komputer di Kangar, Perlis.

” Mula-mulanya saya dengar rancak berniaga, tapi kemudian senyap.

” Bagaimanapun baru-baru ini, saya terima panggilan dari syarikat setiausaha memaklumkan saya ada berhutang sebanyak RM32,000 kepadanya.

” Mungkin kos penyelenggaraan syarikat Sdn Bhd. Saya pun kurang jelas. Tapi dah masuk dalam ‘statement’ Ctos saya,” katanya kepada Harian Metro.

Memandangkan pasangan suami isteri terbabit gagal dikesan, Joey terpaksa menyelesaikan jumlah ini sendiri.

” Saya ada kongsi di Facebook dan bertanya kawan-kawan kalau ada jalan penyelesaian yang boleh menjimatkan.

” Kalau tak, terpaksalah saya selesaikan kesemua jumlah terbabit sebelum saya berhasrat menunaikan umrah atau haji.

” Maka hajat ini terpaksa ditunda. Jika tidak pada tahun ini, atau tahun depan kerana nak selesaikan Ctos satu hal. Nak kumpul duit umrah satu hal,” katanya.

Jelas Joey, dia berasa ralat dan terkejut kerana jumlah RM32,000 amat besar nilainya bagi orang sepertinya.

” Saya kena bayar atas perkara tiada bersebab. Kalau saya yang belanjakan RM32,000 itu, saya fahamlah juga.

Joey bagaimanapun perlu mendapatkan butiran lanjut Ctos sebelum melakukan tindakan selanjutnya.

Fakta menarik tentang Joey

1) Joey BPR yang juga vokalis kumpulan rock terkenal di Malaysia iaitu Bumiputra Rockers atau singkatannya, BPR mulai aktif dalam bidang muzik seawal tahun 1980.

2) Anak kelahiran Johor Bahru, Johor ini pernah menghasilkan album bersama kumpulan Split Times pada tahun 1982 sebelum bergabung dengan 4 orang rakannya iaitu Awang (lead), Enal (dram), Yem Bai (bass) dan Yem C (2nd lead) untuk menubuhkan BPR pada tahun 1985.

3) Bersama BPR, Joey banyak mengecapi populariti dalam dunia rock tanah air dengan empat album pertama BPR iaitu Selamat Pagi Malaysia (1986), Bisa (1987), Kelab Jiwa Luka (1990) dan Era 90’an (1991) sebelum meninggalkan kumpulan tersebut pada tahun 1992 disebabkan masalah pada peti suaranya.

4) Ramai tak tahu sebelum bergelar penyanyi Joey terlebih dahulu bekerja sebagai arkitek. Malah dalam satu perkongsian Joey mendedahkan beliau sama-sama membuat design Sunway Lagoon, Sunway College, Sunway hotel dan Kulim Hitech.

5) Joey juga pernah bekerja sebagai programmer. Menurut Joey, beliau hadir temuduga jawatan tersebut tanpa membawa sijil namun dia telah mendapat jawatan itu setelah berjaya menyiapkan satu programming task.

6) M. Nasir pernah menggelarkan Joey sebagai tauke komputer. Ini kerana Joey dikenali oleh sahabat artis pada ketika itu sebagai seorang yang mahir menggunakan komputer dan membuat design.

Sumber:hmetr0 dan facebook Joey BPR

About admin

Check Also

“Jgn Sampai Kena Pljak…” Terima Banyak Luahan Kena ‘Sond0I’, ini pesan Puteri Sarah…

Berdepan kemelut rumah tangga, namun pelakon Puteri Sarah terus bangkit mempertahankan maruahnya selepas bertahun berdiam diri. Baru-baru …

Leave a Reply

Your email address will not be published.