“Dia pegang erat tangan isteri…” Kongsi Potongan Surah Di IG, Selebriti & Peminat seakan faham apa yg disampaikan Datuk Fazley.

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob sering berkongsi kisah romantik bersama isteri tercinta, Datin Azrene Soraya. Rata-rata peminat suka melihat perkongsian momen-momen manis Fazley saat bersama isteri dan keluarga. Terbaru, Fazley berkongsi video dia memegang erat-erat tangan isterinya di Instagram peribadinya @fazleyyaakob.

Dalam video itu dia menunjukkan sokongan dan memberi semangat kepada isteri tersayang. Tidak menyatakan lebih terperinci mengenai video tersebut namun Fazley meletak sepotonng ayat Al-Qur;an dari surah Al-An’am di ruangan kapsyen. “Surah Al-An’am ayat 115: “Dan telah sempurna firman Tuhanmu (Al-Qur’an) dengan benar dan adil. Tidak ada yang dapat mengubah firman-Nya. Dan Dia Maha Mendengar, Maha Mengetahui”- tulisnya di ruangan kapsyen.

Fazley juga meninggalkan kata-kata romantis, dan kebiasaannya dia memanggil isterinya dengan nama manja iaitu Adik. “Saya sayang awak, Adik Sayang @azrene_ahmad” Di ruangan komen, Azrene membalas; ” Saya sayang awak dan anak-anak kita juga”- tulisnya. Walaupun hanya berkongsi video dan potongan ayat Al-Qur’an, namun ramai yang faham dengan yang Fazley cuba sampaikan melalui hantaran ini.

Lebih-lebih lagi potongan ayat Al-Qur’an itu mengenai soal kebenaran dan keadilan. Ia seolah-olah menggambarkan berita keputusan Mahkamah yang melibatkan orang ternama dan terkenal semalam. “Akak sangat memahami maksudmu yang tersirat di hatimu”- komen dari Penerbit , Raja Azmi ” Allah sayang kak @azrene_ahmad, Semoga di permudahkan segala urusan dan diberikan ketabahan dan kesabaran”- tulis penyanyi, Bienda. Walaupun perkongsian Fazley tidak ditujukan kepada sesiapa, namun pengikutnya di Instagram telah membuat andaian masing-masing.

Sekadar info, Fazley dan Azrene mendirikan rumah tangga pada 7 November 2007, pasangan itu dikurniakan empat orang cahaya mata. Sebelum ini, Fazley pernah berkongsi di instagramnya bahawa kehidupannya ketika di awal pernikahan bersama Azrene tidaklah semudah yang disangka .Kisah pengorbanan isterinya itu diungkapkan Fazley menerusi satu status Instagram miliknya berkenaan bersempena ulang tahun perkahwinan mereka.

Sumber : Murai.

 

About admin

Check Also

Puteri Sarah Tak Rela Bermadu, Ulas Lakonan Jadi Isteri Tua Tiada Kena Mengena Dalam Hidup

Membawakan watak isteri pertama menerusi naskhah teater Maduku Terpaling Kalut, Puteri Sarah Liyana menegaskan karakter …

Leave a Reply

Your email address will not be published.