Pemuda Bangladesh bangun awal banjiri Dataran Merdeka, siap angkat ikrar Rukun Negara… Netizen puji kacak! “Rambut sikat tepi tu mahal”

KEMERIAHAN sambutan Hari Kebangsaan 2022 sudah pasti meninggalkan kesan mendalam kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya mereka yang beramai-ramai memeriahkan acara di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Bahang kemeriahan itu bagaimanapun tidak hanya dirasai oleh rakyat Malaysia tetapi turut mendapat tempat di hati pelancong dan pekerja warga asing yang berada di negara ini.

Salah seorang yang menjadi tumpuan netizen adalah warga Bangladesh bernama Nahim apabila dia turut sama turun padang bersama ratusan ribu rakyat Malaysia lain di Dataran Merdeka.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh mStar (@mstaronlineofficial)

Rakaman Nahim pada acara ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-65 itu dikongsikan di TikTok dengan menggunakan akaun @kawannahim.

“Apabila ada kawan Bangladesh pertama kali nak menyambut Hari Kebangsaan Malaysia,” tulisnya ringkas.

Berdasarkan rakaman tersebut, Nahim turut mengangkat tangan dan berikrar membaca Rukun Negara.

Turut kelihatan dia menyanyikan salah satu lagu patriotik yang diperdengarkan dan tanpa disangka, dia menghafal sebahagian lirik serta menyanyikannya semula selepas perarakan tamat.

Keletahnya itu membuatkan video yang dikongsikan tular dan ditonton lebih 461,000 pelayar TikTok dalam tempoh beberapa jam selepas dimuat naik.

Rata-rata warganet memuji Nahim yang turut sama bergembira dengan persembahan dan perarakan sambutan Hari Kebangsaan selain menghormati budaya masyarakat setempat.

Lagu patriotik dendangan arwah Sudirman turut dihafal selepas mendengarnya di Dataran Merdeka.

“Mesti dia seronok tengok sambutan merdeka kita… nampak happy betul dia.

“Mahal pengalaman dia ni, mesti dia seronok kawan dengan abang.

“Muka dia nampak betul-betul seronok sambut merdeka kat Malaysia.

“Bagus semangat dia… hormat dengan negara kita.

Warganet meninggalkan komentar positif dan memuji Nahim kerana menghormati Malaysia..

“Pengalaman dia memang mahal, tapi yang lagi mahal adalah respect dia dengan Malaysia. Terima kasih bro,” ujar beberapa netizen.

Tidak kurang juga yang terkejut dengan tingkah laku Nahim selepas dia dilihat membaca ikrar dan menyanyikan lagu patriotik.

Tindakannya itu dikatakan persis seorang warganegara walaupun ramai yang beranggapan dia tidak mengetahui maksud di sebalik setiap baris kata yang diucapkan.

“Comel dia! Aku yang tengok dia, aku gembira… bangga dia hafal lagu merdeka kita. Dia nyanyi dah bunyi lagu raya.

“Walaupun dia tak tahu ikrar tapi dia tetap nak sebut. Suruh dia hafal bang lagu tu,” ujar beberapa netien lagi.

Dalam pada itu penampilan Nahim yang memakai kemeja-T bercetak lambang bulan dan bintang selain tulisan Malaysia turut menerima pujian.

Bahkan gaya dia menyisir rambut dengan kemas juga menjadi perhatian ramai.

“Nampak orangnya baik ni…Sopan je cakap. Senyum pun manis.

“Rambut sikat tepi tu mahal. Penampilan kemas dan nampak pembersih,” demikian kata beberapa netizen lagi.

sumber:mstar

Jangan lupa komen yang baik-baik sahaja

About admin

Check Also

“Ya Allah, Aku Datang Dari Jauh”- Erra K0ngsi Peng4laman P4hit Semasa Mengerj4kan Umr4h

“kun fayakun” bermaksud jika Allah berkehendak, maka jadi lah ia. Perkongsian Erra Fazira tentang pengalaman pahitnya …

Leave a Reply

Your email address will not be published.