Masuk Senarai Am4ran Bank Negara Malaysia Kerana Hal Ini.

Jika anda merupakan pengguna tegar media sosial seperti Instagram dan Youtube, pasti anda pernah melihat iklan mengenai platform pelaburan OctaFX. Lebih-lebih lagi apabila dua selebriti tempatan, iaitu Wak Doyok dan Fizo Omar terlibat mempromosikan platform berkenaan. Begitupun, baru-baru ini, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan kenyataan mengenai status platform OctaFX yang kini memasuki senarai amaran institusi berkenaan.

“Bank telah mengemas kini Senarai Amaran Pengguna Kewangan. Senarai ini terdiri daripada syarikat dan laman web yang tidak dibenarkan atau diluluskan di bawah undang-undang dan pentadbiran berkaitan yang ditadbir oleh BNM. “Sila maklum bahawa senarai ini tidak lengkap dan hanya berfungsi sebagai panduan kepada orang ramai berdasarkan maklumat dan pertanyaan yang diterima oleh BNM.

Syarikat berikut ditambahkan ke dalam senarai adalah OctaFX,” tulis kenyataan berkenaan. Terdahulu, sebelum BNM, Suruhanjaya Sekuriti (SC) turut memasukkan OctaFX dalam senarai Amaran Pelabur atas alasan kemungkinan skim pelaburan haram klon yang menawarkan pulangan tinggi. Untuk rekod, OctaFX merupakan broker antarabangsa yang menyediakan perkhidmatan dagangan dalam talian di seluruh dunia sejak 2011.

Difahamkan, OctaFX telah dikawal selia dan memegang lesen di luar negara, bagaimanapun menyediakan sokongan deposit dan pengeluaran ke akaun bank di Malaysia. Selain Wak Doyok dan Fizo Omar, OctaFX turut dipromosikan oleh usahawan kontroversi Aliff Syukri. OCTA FX ialah platform forex online yang semakin popular.

Sebenarnya sudah banyak fatwa tentang forex online cuma pemain forex online lebih suka dengar fatwa ‘ustaz’ mereka yang turut bermain forex dan membuat kelas forex. Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 2012 dan Akademi Fiqh Islam (Liga Muslim) pada tahun 2006 sudah mengharamkan Forex Online kerana ia bertentangan dengan syariah. Sehingga kini Forex Online yang dikatakan patuh syariah masih belum lagi bebas sepenuhnya daripada unsur-unsur riba. Sumber: Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, Gempak.

kredit:liveconnection24

Jangan lupa komen yang baik-baik sahaja

About admin

Check Also

Isu Ebit Lew, Menteri Agama minta orang ramai ‘tak menangguk di air keruh’

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad meminta  orang ramai untuk …

Leave a Reply

Your email address will not be published.