Sebelum ini, pihak polis meminta pelakon, Lufya Omar memberi kerjasama bagi membantu siasatan lanjut dakwaan lelaki yang cuba menculik anak perempuannya pada 26 julai lalu.
Menerusi laporan Harian Metro, pihak polis memberitahu sehingga ke hari ini mereka masih belum dapat kerjasama daripada Lufya.
Sudah dua bulan berlalu
Meskipun sudah dua bulan berlalu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya masih belum merakam keterangan Lufya.
Kita (polis) masih menunggu kerjasama beliau (Lufya) dan kita perlu mengambil keterangan anaknya berkaitan kejadian berdasarkan laporan polis dibuat pada Jun. Malah, kanak-kanak itu juga kita perlu merujuknya kepada Child Interview Center (CIC) untuk diambil keterangan.
Terdahulu, Lufya mendakwa seorang lelaki cuba menculik anak perempuannya, Laana Haura ketika berada di taman permainan rumah mereka di Kota Damansara. Walau bagaimanapun, Lufya memberitahu anaknya berada dalam keadaan selamat dan dia mengalami kecederaan di bahagian muka akibat dipukul menggunakan batang kayu.
Sumber: Harian Metro