Di rumah saya tidak ada gula” – TakSangka IniKeadaan Trkini Pelakon Zaidi Omar.

Pelakon veteran, Zaidi Omar, 64, mendedahkan dia tidak mengamalkan pemakanan yang berunsurkan gula malah, sentiasa minum air kosong untuk kekal bertenaga demi meneruskan gaya hidup yang sihat. Menerusi laporan Utusan Malaysia, dia mengakui tidak mengambil pemakanan yang manis sejak daripada dahulu lagi dan mengamalkan senaman di gimnasium pada setiap hari untuk menjaga kesihatannya.

“Di rumah saya tidak ada gula. Kalau pergi ke mana-mana majlis, saya tidak akan mengambil minuman manis, sebaliknya hanya minum air kosong,” katanya. Bukan itu sahaja, pelakon kelahiran Johor itu turut memaklumkan untuk mengelakkan berat badan naik secara mendadak, dia hanya makan nasi separuh pinggan sahaja.

Malah, Zaidi akan tidur seawal jam 10 malam untuk mendapatkan rehat yang secukupnya dan jarang untuk keluar daripada rumah untuk lepak bersama rakan-rakannya. “Saya juga jaga pemakanan. Tidak pernah tambah nasi dan hanya mengamalkan pengambilan separuh. Itupun, kadang-kadang tidak habis.

“Kalau tidak ada penggambaran drama, saya akan tidur awal. Pukul 10 malam sudah atas katil. Saya jarang keluar jumpa kawan jika sudah lewat malam,” jelasnya lagi. Disoal tentang filem pendek Aidil & Atok arahan Fauziah Datuk Ahmad Daud, Zaidi memaklumkan, dia amat berbesar hati diberi peluang untuk terlibat dalam naskhah tersebut.

“Bila Ogy tawarkan watak Atok, saya terus bersetuju. Ini filem dakwah, tetapi bukan ceramah. Saya rasa bertuah diberi peluang terlibat dalam filem ini. “Saya harap, lakonan saya memberi manfaat dan kebaikan kepada mereka yang menonton,” ujarnya. Filem Aidil & Atok yang menerima tajaan Yayasan Ammirul Ummah boleh ditonton secara percuma di YouTube.

Sumber: Utusan Malaysia (Mohammad Al Faizal Abdul Karim), OMM

 

About admin

Check Also

“Ini impian sejak kecil…”-Namie nafi berhenti jadi guru sebab MLS3

Salah seorang ahli kumpulan UBI yang menjuarai Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS3) iaitu Namie akhirnya …

Leave a Reply

Your email address will not be published.