Connect with us

Berita

Innalillahiwainnailaihirojiun… – Salam takziah buat keluarga pelakon Gerak Khas Zulkifli Ismail.

Published

on

Ibu kepada pelakon Zulkifli Ismail, Hajah Mariam Saad telah pun pergi menghadap Illahi kira-kira jam 4.00 Ahad. Berita tersebut dimaklumkan aktor berkenaan menerusi hantaran terkininya di Instagram. Allahyarhamah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Besar Rompin, Pahang pada usia 80 tahun.

“Innalillahiwainnailaihirojiun. Mak saya Hajah Mariam binti Saad atau lebih dikenali sebagai Che Basah telah kembali ke rahmatullah. “Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Besar Rompin, Pahang pukul 4.00 petang tadi. Allahyarhamah berusia 80 tahun. “Sama-samalah kita doakan semoga Allah mengampunkan dosa-dosa beliau dan menempatkan rohnya bersama-sama roh orang beriman,” titip Zulkifli.

Meninjau ke ruangan komen, para peminat dan rakan artis menulis kata-kata semangat seterusnya menitipkan ucapan takziah buat Zulkifli seisi keluarga. Semoga roh Allahyarhamah ditempatkan di kalangan roh mereka yang beriman, al-Fatihah. Sekadar rekod Zulkifli bin Ismail (lahir 26 April 1963) ialah seorang pelakon, penulis dan pengacara lelaki Malaysia. Beliau memulakan kerjaya awalnya sebagai penulis sebelum menceburi bidang lakonan, Zulkifili terkenal menerusi watak ASP Razlan dalam siri Gerak Khas di mana beliau membintanginya selama 10 tahun.

Semasa menulis, Zulkifli pernah menggunakan beberapa nama samaran termasuk Arjuna Setia dan Dzul Isma. Sejak berusia 16 tahun, sajak-sajaknya sering tersiar di akhbar, majalah dan radio. Sajaknya yang pertama berjudul Ramadhan Tiba Tika Aku Masih Lena disiarkan di akhbar Bintang Timur. Zulkifli juga turut menyumbang rencana dan berita untuk akhbar tersebut. Pada tahun 1983, Zulkifli menyertai Utusan Melayu sebagai wartawan. Jodohnya dengan Utusan tidak lama. Beliau meletakkan jawatan pada tahun 1985.

Dalam tahun 2001 beliau menyertai siri Gerak Khas dengan memegang watak ASP Razlan (kemudiannya dinaikkan pangkat kepada DSP dan seterusnya Superintendan ). Beliau turut muncul dalam 2 filem Gerak Khas iaitu Gerak Khas The Movie II dan GK3. Zulkifli meninggalkan siri tersebut dalam tahun 2011. Sebelum Gerak Khas, Zulkifli pernah membintangi lebih 100 buah drama termasuk Opah, Angin Malam, Anak Merdeka, Imbasan, Allen Allien Sofiah, Penghunung Bayangan Ungu, Hutan Hijau, Pengasuh, Tak Logik, Nayan dan Nunis, Anak Kerbau, Menara Impian, Berarak Memori Jingga dan Mahligai Kaca. Sumber : mediahiburan, wiki.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Berita

“Teman Sudah ditangkap.. “.. Dia guna pisau potong ayam..Ika Di bakar pukul 10malam semalam.. Rupanya sudah ada..

Published

on

By

Update : Selesai siasatan awal.. berita lanjut???? masih mencari lagi rakan subahat/pelaku

sumber socmed; arwah perempuan berumur 21 tahun, yatim piatu yang baru kematian ibu.. dibakar dibunuh dah dibelah perut dengan tragis kerana perbalahan kerana telah mengandung kandungan luar nikah berusia 4 bulan.

Mayat terbakar di kebun kelapa sawit

Lelaki tikam, toreh, bakar kekasih hamil

SABAK BERNAM – Seorang lelaki diibaratkan dirasuk syaitan apabila bertindak kejam membunuh dan membakar teman wanitanya sebanyak dua kali di sebuah kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar di sini.

Tindakan tidak berperikemanusian itu dilakukan suspek berusia 20 tahun selama dua hari bermula kelmarin selepas berlaku perselisihan faham berkaitan menyembunyikan kehamilan luar nikah mangsa yang berusia 21 tahun.

Selain memukul dan menoreh perut kekasihnya yang merupakan pelayan restoran itu, suspek juga dipercayai turut sempat membeli minyak petrol di stesen minyak untuk membakar mangsa .

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd. Alias berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan mayat mangsa, kira-kira pukul 8.15 pagi semalam.

Katanya, siasatan mendapati wanita yang hamil empat bulan itu dibawa suspek menaiki sebuah kereta sebelum dibunuh dan dibakar di kebun tersebut, kira-kira pukul 10 malam kelmarin.

“Namun, suspek kembali ke sekitar lokasi sama untuk sekali lagi membakar mangsa semalam dengan menaiki motosikal dan membawa tong berisi petrol.

“Lelaki yang mahu melupuskan mayat itu kemudian dipercayai membuang semua bahan bukti termasuk barangan mangsa di sekitar Jalan Lama Kuala Selangor,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam di sini, hari ini.

Pasangan kekasih itu dipercayai menjalin hubungan sejak setahun lalu sebelum berlaku perbalahan akibat kehamilan tersebut.

Jelas Agus Salim, siasatan lanjut membawa kepada penahanan suspek dalam tempoh lima jam selepas penemuan mayat itu iaitu kira-kira pukul 1.45 petang hari sama di sebuah rumah sekitar Sungai Besar dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tambah beliau, mayat mangsa yang terbakar 60 peratus ini masih berada di Hospital Sungai Buloh bagi proses bedah siasatan. – KOSMO! ONLINE

Continue Reading

Berita

Anak sulung Rita Rudaini patah tangan

Published

on

By

Pelakon popular, Rita Rudaini, 47, meminta netizen berhenti dari mengaitkan nama bekas suami, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak dengan kehidupannya bersama anak-anak.

Rita berkata, dia kini sudah hidup tenang dan bahagia bersama dua anaknya.

Rita berkata, dia juga bertanya kepada netizen apa jasa bekas suami kepada anak-anaknya sebelum ini.

“Adakah mereka pernah tengok saya ‘post’ (hantaran) sebarang hadiah atau pemberian daripada bekas suami kepada anak-anak sebelum ini? Tiada bukan?

“Justeru, saya minta netizen tidak lagi mengaitkan bekas suami dengan apa yang saya ‘post’ di media sosial mengenai anak-anak kerana tidak mahu mengganggu emosi mereka yang sedang membesar,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya mengenai kemalangan yang menimpa anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin, 14, yang dikongsi di Instagram, Rita berkata, Rayyan patah tangan ketika bermain bola sepak bersama rakan-rakannya di sekolah, minggu lalu.

“Pihak sekolah yang membawa Rayyan untuk mendapat rawatan di Hospital Tampin, Negeri Sembilan. Selepas tangannya yang patah itu disimen, saya menukarnya ke pusat perubatan di Kuala Lumpur.

“Selepas beberapa hari di rawat, Rayyan dibenarkan pulang ke rumah. Rayyan juga perlu menjalani fisioterapi setiap minggu di pusat perubatan itu.

“Buat masa ini, saya yang menjaga Rayyan di rumah sehingga keadaannya pulih sepenuhnya untuk kembali ke sekolah kerana dia tinggal di asrama,” katanya.

Rita berkata, Rayyan kini seolah-olah mengalami gangguan emosi disebabkan keadaan fizikal yang membataskan pergerakannya.

“Emosinya tak tentu juga. Kadang-kadang dia okey dan banyak cakap. Kadang-kadang tak nak bercakap langsung. Tertekan sebab sebelah tangan je boleh guna, susah untuk dia bergerak. Mujur saya kini tidak terbabit dengan penggambaran ketika ini dan dapat menjaganya di rumah,” katanya.

Selain Rayyan, Rita juga memiliki seorang lagi anak iaitu Airit Qaqa Arjuna, 12.

Sumber:HM

Continue Reading

Berita

Bicara Ebit Lew: Ada 436 gambar dalam telefon bimbit

Published

on

By

Saksi ketujuh perbicaraan kes pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa 436 keping gambar diperoleh daripada sebuah telefon bimbit jenama Samsung Galaxy A31 berkaitan kes itu yang dihantar ke makmal forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Juruanalisis Kanan Audio Video PDRM ASP Latifah Abdul Aziz, 43, berkata, selain gambar itu, terdapat empat rakaman video dan 219 gambar tangkap layar juga diperoleh daripada telefon bimbit berkenaan.

Latifah berkata, telefon bimbit yang disimpan dalam sampul surat berwarna putih itu telah dihantar ke makmal forensik PDRM Cheras Selangor pada 9 Ogos 2021, kira-kira 3.20 petang iaitu tempat beliau bertugas.

Setelah menerima telefon bimbit itu, beliau telah membuat pemeriksaan fizikal bagi memastikan telefon itu tiada kerosakan dan berfungsi dengan baik sebelum membuat analisis terhadap telefon bimbit itu pada tarikh yang sama.

Saya menjalankan proses ‘extraction’ ke atas barang kes (telefon bimbit) dengan menggunakan perisian XRY dan mengenal pasti data yang diperlukan oleh pegawai penyiasat,” katanya dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad hari ini.

Latifah berkata, beliau mengambil masa kira-kira tiga jam untuk membuat analisa kandungan yang terdapat dalam telefon bimbit itu sebelum menyalin data yang diperoleh itu ke dalam dua cakera padat PDRM yang dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan.

Katanya, satu CD itu tersimpan 436 gambar berserta empat rakaman video manakala satu CD lagi adalah 219 gambar tangkap layar daripada aplikasi WhatsApp.

Dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria, Latifah juga turut memberitahu bahawa hasil pemerhatiannya mendapati bahawa empat video yang ditayangkan dalam mahkamah pada hari ini tidak mengalami sebarang pengubahsuaian.

Hal ini kerana keempat-empat video daripada telefon bimbit yang dimainkan itu bergerak secara ‘frame by frame’ kerana video yang telah diubah suai akan mengalami satu situasi yang dikenali sebagai ‘jumping’.

Lew, 37, berdepan 11 pertuduhan, antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan bersambung esok

Sumber:HM

Continue Reading

Trending