Tahniah Shuib, dah confirm..”- Rupanya Pernah Disna Sblm Siti Sarah Mniggal. Shuib Buat Pengumumn Ramai Tak Sangka

Pelawak, Shuib dipilih menjadi penyampai radio baharu Suria FM. Pengumuman itu dibuat pada siri Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak Ell yang berlangsung di pusat beli-belah IOI City Mall, di sini, petang ini.Shuib, 38, atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad bakal berganding dengan Ajak dan Suraya menerusi segmen Team Pagi Suria yang turut diberikan penjenamaan baharu sebagai Morning Morning  Suria. Pemilihan Shuib itu juga bagi menggantikan tempat penyampai, Fizi Ali yang berhijrah ke stesen Hot FM.

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau dikenali sebagai DJ Lin berkata, pemilihan Shuib itu diharap dapat memberikan impak yang lebih kepada stesen mereka.”Kami berharap dengan pelantikan Shuib akan memberikan impak lebih baik kepada pasukan Suria FM sekali gus dapat menarik lebih ramai pendengar baharu.”Kita juga berterima kasih kepada Shuib kerana sudi menyertai kami sebagai penyampai Suria Pagi yang kini dikenali sebagai Morning Morning Suria,” katanya kepada Harian Metro. Menerusi pengumuman itu Shuib tampil membawa sebuah motosikal sebagai hadiah utama cabutan bertuah sekali gus diumumkan sebagai penyampai baharu.

Pernah Bersama selama dua tahun sebelum mengundur diri dari radio Hot FM

Sebelum ini Shuib pernah menjadi penyampai radio di stesen radio Hot FM selama dua tahun sebelum mengundur diri pada Januari tahun lalu. Sementara itu, DJ Lin berkata jelajah hari ini dihadiri lebih 12,000 pengunjung yang mana ia adalah penampilan pertama Suria FM di Lembah Klang, selepas dua tahun tidak turun padang bertemu peminat disebabkan pandemik Covid-19.”Jujurnya, kami sangat teruja kerana terlalu rindu untuk bertemu dengan pendengar setia Suria FM dan pada masa sama kami sangat bersyukur atas sambutan luar biasa yang diberikan. “Kehadiran pengunjung di lokasi terakhir mencatatkan jumlah penonton paling ramai berbanding lokasi lain. Dianggarkan lebih

12,000 penonton membanjiri rang legar IOI City Mall. Ini membuktikan Suria FM semakin diminati dan bertambah jumlah pengikutnya.  “Kebanjiran penonton pada hari ini bukan sahaja datang dari Lembah Klang tetapi juga dari serata Malaysia termasuk Singapura. Kejayaan ini mencetuskan inspirasi buat kami di Suria FM agar terus berusaha memberikan yang terbaik buat pendengar setia kami. “Misi terdekat kami adalah untuk meletakkan Suria FM tersenarai di antara tiga stesen radio bahasa Melayu paling popular dan paling ramai khalayak pendengarnya apatah lagi tahun in menyaksikan Suria FM bakal menyambut ulang tahun ke-15 pada 24 November depan,” katanya.Siri jelajah itu menyaksikan persembahan lebih 18 artis popular, Dayang Nurfaizah, Imsoniacks, Amir Uk’s, Nuha Bahrin, Naufal Azrin, Muss, Floor 88, Wany Hasrita, Haqiem Rusli, Iman Troye, Amir Masdi. Jelajah itu memasuki siri terakhir hari ini selepas menjelajahi beberapa negeri seperti Kuantan, Pahang Alor Setar, Kedah, Johor Bahru, Johor bermula awal bulan ini.

terdahulu, Selepas dua tahun mengendalikan segmen Geng Pagi Hot bersama Shuk dan Fizie, Shuib Sepahtu mengumumkan berundur dari stesen radio itu ketika bersiaran,  Bagaimanapun, Shuib atau nama sebenar, Shahmira Muhammad akan melunaskan kontrak sehingga slot terakhir, Jumaat ini. Shuib memberitahu, keputusan meninggalkan Hot FM sudah lama difikirkan. “Hendak kata masa tepat atau sesuai saya tidak pasti hendak cakap. Hati ini berat tetapi saya harus optimis memandang ke hadapan.”Saya mahu memberi perhatian kepada perniagaan Bubble Bee yang diusahakan. “Sudah lama saya merancang untuk membuat keputusan ini. Namun, saya perlu menanti sehingga kontrak berakhir. “Hari ini saya memberanikan diri mengumumkan keputusan saya ini,” katanya kepada BH Online. Shuib bersyukur, selama bersama Hot FM, gandingan sekerja cukup memahami dirinya dan memberi kerjasama baik. “Selama dua tahun, rutin pagi dari jam 6 pagi hingga 10 pagi cukup manis bersama Shuk dan Fizie.”Suka duka kami harungi bersama. Selepas ini, pasti saya akan merindui momen berada di konti. “Terima kasih Hot FM atas kenangan manis dan indah saya sempat terokai bersama. “Kepada bakal pengganti, saya doakan selamat maju jaya dan terus bersemangat memantapkan lagi segmen Geng Pagi Hot,” katanya. Sumber: Metro

About admin

Check Also

Patutlah dia dah beberapa kali keluar masuk hospital sebelum ni.. “Tak sangka fad buka cerita keadaan terkini isteri buat semua mendoakan..

Tindakan pelawak dan penyampai radio, Fad Bocey yang berkongsi video memaparkan isterinya, Syaheera Rahman sedang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.