Amaturnya….” Baru saja PU Syed beri cadangan pr0tes K0nsert Balckpink, Ini komen panas Nabila Huda.

PENDAKWAH bebas PU Syed menyatakan bantahan terhadap penganjuran konsert kumpulan Kpop popular iaitu Blackpink yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur pada 4 Mac 2023. Tegas dengan pendirian tersebut, Syed atau Syed Mohd Bakri Syed Ishak, 40, turut merancang untuk mengadakan himpunan bantahan sekiranya konsert tersebut masih diteruskan. “Kerajaan wajib halang kumpulan ini menjejakkan kaki ke bumi Malaysia atau kami akan usahakan untuk buat himpunan bagi membantah kehadiran mereka ini,” katanya.Syed bersuara mengenai perkara itu menerusi satu hantaran di Instagram miliknya yang turut berkongsi paparan perbualan dengan seseorang tentang kebimbangan penganjuran konsert berkenaan.

Dalam pada itu, Syed berkata, dia bimbang konsert berkenaan boleh merosakkan akhlak dan menjadi tanggungjawabnya untuk menyelamatkan akidah umat Islam.”Mac 2023 bukan lama lagi. Bermula daripada sekarang gerakkan untuk halang mereka ini, keselamatan akidah dan akhlak umat Islam perlu dijaga. “Jika orang bukan Islam di Malaysia yang mahu berhibur, silakan pergi ke Korea atau ke mana sahaja, tetapi jangan di Malaysia,” jelasnya. Menerusi ruang komen, ramai bersetuju dengan pendapat yang disuarakan oleh Syed dan berharap kerajaan akan mengambil tindakan dengan tidak membenarkan konsert itu diadakan di Kuala Lumpur.

Ada juga yang menyarankan agar sebuah program keagamaan besar-besaran diadakan pada hari sama konsert berlangsung bagi menarik minat anak muda untuk hadir dan mendapat manfaat daripadanya. “Apa kata tarikh konsert berlangsung kita anjurkan ceramah besar-besaran. Panggil ustaz popular dan kita tarik anak muda untuk menyertainya. “Apatah lagi dah dekat bulan Ramadan. Semoga pihak berwajib dapat menghalang kemasukan mereka ke negara ini.”Memang kena halang ni. Makin melampau dan harap dapat dibenteras lebih awal,” antara komen netizen. Kehadiran Blackpink ke negara ini adalah bersempena dengan Born Pink World Tour selepas kali pertama mengadakan konsert di Shah Alam pada Februari 2019.

PELAKON dan pengacara Nabila Huda berpendapat cadangan untuk mengadakan protes terhadap penganjuran konsert penyanyi antarabangsa di negara ini sebagai tidak matang. Nabila atau Nur Nabila Huda Suhaimi, 38, sebaliknya berkata, masih terdapat banyak perkara lebih utama melibatkan negara yang perlu diberikan perhatian berbanding penganjuran konsert. “Kena batal konsert antarabangsa kalau tidak mahu protes? Sungguh? Banyak benda yang perlu diberi perhatian untuk negara kita, itu yang diberi perhatian. Tidak matang sungguh,” tulisnya di Twitter. Dalam pada itu, Nabila turut mempersoalkan mengenai cakap-cakap mengatakan konsert antarabangsa boleh menyebabkan budaya hedonisme. Hedonisme adalah fahaman falsafah bahawa keseronokan merupakan matlamat utama dalam hidup. Ia juga merupakan ajaran atau pandangan bahawa kesenangan atau kenikmatan merupakan tujuan hidup dan tindakan manusia.

Perkara tersebut turut menarik perhatian pengikutnya yang mengatakan masalah melibatkan aktiviti rasuah dalama kalangan ahli politik lebih meruncing daripada isu konsert artis antarabangsa. “Mana besar konsert dengan rasuah? Kita tengok konsert hanya untuk bergembira semata-mata. Tidak menyusahkan orang lain tetapi mereka yang menerima rasuah lagi merosakkan ekonomi negara. “Biasalah parti politik itu, katanya penyebab gejala sosial teruk berlaku. Negeri dibawah pimpinan parti itu yang tiada hiburan pun tidak terjaga dengan pelbagai kes. “Konon pentadbiran berlandaskan Islam tetapi kebajikan rakyat tidak terpelihara,” antara komen netizen di Twitter. Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) Ahmad Fadhil Shaari turut membangkitkan isu sama dan menegaskan pihaknya tidak teragak-agak untuk menggerakkan bantahan jika tuntutan itu tidak diendahkan.

Sumber : Mstar

About admin

Check Also

Patutlah dia dah beberapa kali keluar masuk hospital sebelum ni.. “Tak sangka fad buka cerita keadaan terkini isteri buat semua mendoakan..

Tindakan pelawak dan penyampai radio, Fad Bocey yang berkongsi video memaparkan isterinya, Syaheera Rahman sedang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.