“Alhamdulillah, dia setuju…”- Shuib umum berita gembira.

Sejak kebelakangan ini, pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad sering menjadi sorotan netizen mengenai kontroversinya yang sedang mengenali hati budi seseorang.

Terbaharu, perkongsian gambar mesra yang dimuat naik oleh Shuib bersama pelakon Zara Zya di laman Instagramnya telah mencetuskan tanda tanya dan persoalan dalam kalangan netizen mengenai status mereka berdua.

Dalam kapsyen hantaran tersebut iaitu ‘nak cakap ya pun tidak, nak cakap tak pun tidak..ianya tengah-tengah. macam mana itu? Tolong jelaskan boleh tak awak? (Zara Zya)’, Shuib seolah-olah buntu untuk membuat sesuatu keputusan.

 

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Malah, perkongsian itu juga turut mendapat maklum balas daripada Zara dimana dia memaklumkan perkara yang mereka rahsiakan bersama telah mendapat persetujuan bersama.

Apa ni?? Korang kahwin jelah!

 

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh ZaraPrihatin (@zarazya)

Susulan itu, perkongsian Shuib dan Zara itu telah mencetuskan rasa ingin tahu dalam kalangan peminat mereka mengenai status hubungan mereka berdua meskipun sebelum ini dua selebriti itu menafikan yang perasaan cinta yang wujud.

Malah, majoriti netizen berharap dua selebriti itu akan dijodohkan bersama kerana mereka seperti merpati dua sejoli yang sesuai untuk mendirikan mahligai.

Alaaa, mesti marketing je ni kan???!

Bagaimanapun, rata-rata menganggap hantaran yang dimuat naik oleh kedua-dua artis tersebut hanyalah sekadar ‘marketing’ untuk membuka cawangan baru Bubblebee.

Status hubungan mesra terjawab akhirnya!

Kini, status hubungan mereka berdua terjawab apabila Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad memuat naik satu video menunjukkan dia dan Zara sedang berada di salah sebuah cawangan terbaharu Bubble Bee yang bakal dirasmikan tidak lama lagi.

Dalam kapsyen hantaran tersebut iaitu ‘Alhamdulillah, dia setuju’ menjawab segala teka-teki selama ini apabila aktres itu bersetuju menerima pelawaannya membuka cawangan air minuman Bubble Bee.

Meninjau di Insta Story milik Shuib dan Zara, difahamkan kedai itu akan dirasmikan pada 28 Ogos nanti di Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur.

Dah agak, ni semua marketing!

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warganet di mana ramai menyatakan sudah dapat ‘agak’ gambar mesra yang tular di media sosial hanyalah sekadar tujuan pemasaran sahaja.

Alhamdulillah,tahniah

Selain itu, ramai mengucapkan tahniah kepada Zara Zya atas khabar gembira yang dikongsikan kepada orang ramai mengenai pembukaan cawangan baharu Bubble Bee.

Terdahulu, Zara pernah menegaskan hubungan mereka sekadar sebagai sahabat seindustri dan usahawan, bukannya bercinta seperti yang dicanang umum.

 

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Sumber: Instagram @zarazya, @shuibsepahtu

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

About admin

Check Also

Tiada malaikat atau syaitan”… Erma Fatima tanya Zul Ariffin ‘siapa suruh muat naik video itu?

TIADA siapa malaikat atau syaitan!” Itulah reaksi penerbit drama Perempuan Itu iaitu Erma Fatima menjawab kenyataan yang dikeluarkan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.