Saya call dia tadi..”- 6 Jam Dlm Bilik Bedah, Achey Dedah Keadaan Terkini Isteri Buat Ramai Sebak

“Syukur.. .. terima kasih yang mendoakan @anne_achey._ dia stabil setakat ni… call tadi masih lemah.. Tq adik @nurullfazeera jagakan… tq kak long @azlina_along hantarkan.. tq @pie_atan jagakan tiara.. Tq mak @restoran_makyut buat apa saja untuk anaknya..

“Entahlah terasa aku pulak yang tak buat apa2… ” tutur pelawak Achey memaklumkan isterinya iaitu Nor Hasanah Yahaya kini dalam keadaan stabil selepas menjalani prosedur membuang tiub fallopian pada Jumaat.

“Alhamdulillah 19/08/2022 selesai pembedahan Follopian tube saya… keadaan saya stabil, tapi sakit . Selama 6 jam dlm bilik OT…. semuanya dipermudahkan…. pengorbanan seorang ibu, utk mendapatkan zuriat

“Terima kasih yang mendoakan kita  utk mu @acheykintangkintung #tiarazinnirah. Terima kasih jugak @drthokha dan team… . Good luck utk by malam ni (semalam) #muzikallawaksuperstar3 #cili..,” tulis isteri Achey pula menerusi laman Instagram miliknya.

Sementara itu, Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 36, juga meluahkan rasa terharu dengan keprihatinan isterinya yang tetap memberi sokongan untuknya membuat persembahan dalam program Muzikal Lawak Superstar 3 yang berlangsung pada malam Jumaat.

Hasanah atau lebih mesra disapa Anne, dimasukkan ke hospital sejak Rabu lalu dinasihatkan untuk membuang tiub fallopian yang tersekat bagi membolehkan dia hamil.
Mengakui sedikit terganggu kerana bimbang dengan keadaan kesihatan isterinya itu tetapi Achey berfikiran positif dan kekal bersikap profesional.

“Dia masih dalam rawatan, saya anggap pembedahan berjaya dan dia sendiri cakap dengan saya jangan susahkan orang lain. Pada mulanya agak terganggu tetapi dia nasihatkan saya agar jangan susahkan kawan-kawan, jangan susahkan program.

“Jadi saya hormat dia sebagai insan yang masih memikirkan kepentingan orang lain sedangkan dia bertarung untuk kebahagiaan bersama. Meskipun terganggu tetapi saya perlu mengamalkan sikap profesional,” terangnya.

Dalam pada itu, Achey turut memohon orang ramai dan peminat terus mendoakan kesejahteraan isterinya itu: “Sekarang dia sudah selesai pembedahan. InsyaAllah saya akan memaklumkan keadaannya dari semasa ke semasa… terus mendoakan isteri saya,” terangya.

Dalam pada itu, isteri Achey menerusi muat naik terbaru di Instagram telah mengucapkan terima kasih kepada suaminya atas pergorbanannya itu sepanjang dirinya menjalani pembedahan.
“Terima Kasih by awak la orang yang paling banyak berkorban utk saya dan anak.

Terima kasih semalam ni menjadi suami yang terbaik buat saya, dan bapa yang terbaik buat anak… Kami sayang awak sangat2 by…

Walaupon awak bz dgn #muzikallawaksuperstar3 terkejar2 masa, awak tetap luangkan dan bahagiakan masa awak utk kami anak beranak…

Terima kasih banyak2 sayang… ulang alik johor bahru ke kuala lumpur… Tido tak cukup…Terima kasih banyak2…. Sayang awak dunia akhirat…. @acheykintangkintung love u n miss u sayang,” katanya.

Achey tidak dapat menemani isterinya itu kerana terikat dengan persembahan Muzikal Lawak Superstar 3 pada malam Jumaat. Untuk makluman, Pasangan itu mendirkan rumah tangga pada 2011 dan memiliki seorang anak angkat, Tiara Zinnirah, 4, pada Mei 2018.

Sumber: gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

About admin

Check Also

“Fanatlk betul kau dengan aku sampai gambr Tldak Berp4kaian pun ada..” Bek4s isteri Dai Farhan Serabvt Dngan individu ini

Dah lama tak dengar cerita Dr. Erin, bekas isteri pendakwah bebas, Da’i Farhan kan? Tapi …

Leave a Reply

Your email address will not be published.